Pelajari Gaya Kepimpinan Belbin Daripada Pasukan New England Patriots | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Bergantung pada situasi, memahami beberapa gaya kepimpinan yang berbeza akan dapat membantu pasukan menguruskan projek dengan berkesan. Di Cherating Lagoona Villa Resort, kami memberi penekanan pada gaya kepimpinan sebagai aspek penting dalam menguruskan apa-apa bisnes dengan berjaya. Baru baru ini kami tertarik dengan kaedah modul kepimpinan daripada program Belbin.

Program ini adalah kajian penilaian ke atas diri sendiri untuk pekerja tuan yang memberi peluang pada mereka untuk menilai diri sendiri dari segi faktor kepimpinan dan dinilai oleh tiga atau empat pemerhati yang akan menawarkan pandangan daripada sudut perspektif mereka. Akhir sekali, pekerja tuan akan menerima satu laporan penuh daripada Belbin yang memperincikan setiap prestasi individu. Program seperti ini menawarkan kaedah yang penuh bermakna dimana tuan bukan sahaja dapat berpeluang melakukan perbincangan tentang elemen-elemen kempimpinan secara berkumpulan dalam organisasi tuan, malah dapat membantu tuan untuk bekerjasama secara lebih baik sebagai sebuah pasukan!

Arsitektur gaya kepimpinan Belbin dapat diperhatikan dalam banyak organisasi termasuklah daripada pasukan New England Patriots.

 “Pemimpin tidak dilahirkan, tetapi dibentuk. Mereka dibentuk melalui kerja keras yang merupakan harga yang kita semua perlu bayar bagi memperjuangkan apa sahaja matlamat yang ingin dicapai.” – Vincent Lombardi, jurulatih American Football

Pemusnah: Josh McDaniel

gaya kempimpinan england

Josh McDaniel bertindak sebagai seorang Koordinator Penyerang bagi pasukan New England Patriots yang mempunyai corak pemikiran yang menyerang. Beliau sentiasa mengembangkan stratergi permainan beliau daripada corak bertahan. Beliau adalah seorang yang gemar mengambil risiko.

Mengenal Pasti Peluang: Martellus Bennett

gaya kepimpinan england

Bertindak sebagai penyerang utama, Martellus Bennet merupakan individu yang sentiasa mencari peluang baru agar beliau dapat memberi sumbangan dalam memastikan kejayaan pasukan. Bennet merupakan individu yang sering berkerjasama secara rapat bersama McDaniel, beliau sentiasa memerhati dan mencipta gerakan yang baru bagi melepaskan diri. Beliau adalah seorang individu yang mempunyai pandangan jauh ke hadapan. Pada tahun ini prestasi Bennett sangat cemerlang samada dia dalam atau luar padang dan beliau menggunakan peluang daripada personaliti beliau ini bagi membangunkan hubungan kerjasama dalam mengembangkan jenama peribadi beliau.

Koordinator: Robert Kraft

gaya kepimpinan england

Sebagai pemilik utama pasukan New England Patriots, Robert Kraft adalah individu yang bertanggungjawab penuh dalam menerajui organisasi secara menyeluruh. Peranan utama Kraft adalah menyelia organisasi tersebut bagi memastikan semua orang dapat menjalankan tugasan masing-masing dan membahagikan peranan kepada setiap orang melalui projek yang berbeza-beza. Matlamat tertinggi Kraft adalah untuk menjajarkan gerak kerja organisasi selari dengan matlamat pasukan secara keseluruhan.

Pencatur Tom Brady

gaya kepimpinan england



Sebagai seorang Quaterback pasukan New England Patriots, sasaran utama Tom Brady adalah untuk mengatur gerak langkah bagi membantu penyerang barisan hadapan. Brady adalah seorang yang sangat berpendirian dan mampu untuk berjuang dalam persekitanan yang mempunyai tekanan yang tinggi. Beliau sentiasa mendorong pasukan supaya dapat memikul tugasan seperti mana yang dirancang. Beliau juga adalah seorang yang mempunyai sifat kemahuan yang tinggi dan keberanian yang luar biasa dalam menangani apa jua halangan dalam masa yang sama terus berjuang walaupun menghadapi pelbagai tekanan dari pihak lawan kerana mencabar status quo mereka.

Ahli Stratergi: Bill Belichick

Sebagai individu yang menggalas peranan sebagai ketua jurulatih utama pasukan New England Patriots, Bill Belichick adalah seorang individu yang mempunyai cara berfikir yang sangat stratergik. Dalam beberapa keadaan, beliau menyamakan ahli pasukan seperti sebuah papan catur, dimana setiap ahli pasukan mengambil peranan stratergik dalam memastikan kejayaan pasukan.

Pemain Pasukan: Julian Edelman

Julian Edelman diberi berperanan sebagai penerima hantaran jarak jauh utama bagi pasukan New England Patriots. Eldelman sudah bermain untuk pasukan tersebut selama 8 tahun jadi beliau sudah mempunyai pemahaman yang mendalam tentang organisasi beliau. Beliau bekerja di dalam dan di luar padang untuk mendorong semangat pasukan disamping komunikasi yang terbuka dan jujur dalam kalangan ahli pasukan.

Pelaksana: Dante Scarnecchia

Sebagai seorang yang bertanggungjawab bagi melaksanakan sebarang stratergi atau teknikal yang diambil pasukan, Dante Scarnecchia adalah individu yang berperanan sebagai jurulatih di bahagian serangan. Beliau merupakan seorang individu yang realistik dan pragmatic, yang memberi penekanan pada struktur dan arahan. Beliau adalah sebahagian daripada tulang belakang pasukan yang memastikan barisan penyerang melindungi Tom Brady.

Pakar: Stephen Gostkowski

Sebangai seorang pakar penendang bola New England Patriots yang utama, Stephen Gostkowski sangat mahir dalam mengambil sepakan bola. Beliau merupakan seorang yang sangat pakar dalam bidang beliau dan mempunyai pengalaman yang luas yang dapat membantu pasukan beliau untuk mencapai kejayaan.

Penyudah Lengkap: Ernie Adams

Ernie Adas adalah sebahagian daripada New England Patriots dan menggalas peranan sebagai Pengarah Penyelidikan Bola Sepak. Adams merupakan seorang yang mementingkan perincian dan seseorang yang menetapkan strandard yang tinggi. Adams adalah individu yang dapat mengenal pasti masalah dalam pasukan dan tangkas dalam memberi tumpuan pada ruang-ruang kelemahan yang memerlukan lebih penambahbaikan. Beliau sentiasa membantu pasukan dalam melahirkan bakat baru.

Apakah jenis gaya kepimpinan yang hampir mencerminkan peribadi tuan?

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA