“Soalan kehidupan paling membebankan dan mendesak adalah,
“Apakah yang telah kamu lakukan untuk manfaat orang lain?”
– Martin Luther King, Jr.
Petikan daripada sejarah memberi kita inspirasi nasihat yang sangat bernilai. Pemimpin dan aktivis yang hebat daripada sejarah lalu menyimpulkan apa yang sesebuah negara dan dunia secara amnya telah lalui dan memperingati kita bagaimana kita mampu mentransformasikannya.
Martin Luther King, Jr. adalah seorang pemimpin pada zaman gerakan sivil. Beliau dikenali kerana gerakan revolusi protes aman apabila berusaha mempertahankan hak beliau dan hak semua lapisan masyarakat secara umum. Martin Luther mengetuai Montgomery Bus Boykot pada 1955 dan membantu menubuhkan Konferen Kepimpinan Kristian Selatan. Gerakan protes aman beliau mendapat sambutan sehingga ke seluruh bahagian utara Amarika Syarikat, di mana tercipta sejarah yang penting iaitu pada bulan March di Washington dimana Martin Luther menyampaikan ucapan antara yang paling berpengaruh dalam sejarah bertajuk “Dream” iaitu bermaksud mimpi di hadapan penyokongnya pada waktu itu.

Ucapan beliau bertajuk “I Have a Dream” tercatat sebagai salah satu ucapan paling terkenal dalam sejarah negara Amarika Syarikat. Ucapan beliau diinspirasikan daripada tokoh pemimpin yang yang lepas-Abraham Lincoln dan Thomas Jefferson- dalam usaha beliau mempertahankan hak sivil. Ucapan bertajuk Mimpi itu juga merujuk pada masa depan bahawa “negara beliau akan bangkit dan hidup berpaksikan pada moral dan kebenaran, ‘Kita semua berpengang pada kebenaran yang menjadi bukti nyata: semua orang diciptakan sama”
Samada di tempat kerja atau tidak, Marthin Luther King, Jr. merupakan tokoh dan pemimpin yang sehingga hari ini berterusan memberi inspirasi kepada dunia. Perayaan Hari Marthin Luther King di Amarika Syarikat adalah untuk memperingati sejarah dan mengingati sejauhmana dunia sudahpun melalui untuk sampai ke hari ini, apa yang perlu dilakukan untuk memastikan usaha transformasi ini kekal berada dalam landasan yang betul dan terus memberi inspirasi bagi generasi akan datang. Marthin Luther mendesak orang ramai mengambil berat tentang masyarakat jiran yang hidup di sekeliling kita dan berfikir bagaimana kita dapat menolong antara satu sama lain. Ianya merupakan hari kesaksamaan dan motivasi dan memperingati kita bertapa hebatnya kuasa perubahan dan tindakan kita.
Apakah yang tuan mimpikan? Apakah contoh inspirasi kepimpinan yang memastikan tuan kekal bermotivasi?
