Pendedahan mengejut 96% orang berpendapat bahawa budaya di tempat kerja mereka memerlukan transformasi. Ini bukan proses perubahan semata-mata. Ini berkait rapat tentang akauntabiliti dan niat sesuatu individu.

Tanpa panduan dan konsistensi, pasukan tuan akan menjadi kurang jelas apa yang diharapkan dan apa yang diharapkan daripada mereka. Situasi ini akan menanam benih ketakutan dan benih ketakutan di tempat kerja ini merupakan pembunuh budaya kerja. Hampir organisasi mempunyai tahap ketakutan walaupun tidak serius, namun begitu tuan perlu terus mengkayakan budaya di tempat kerja dan menghindari rintangan-rintangan yang membantutkan tumbesaran potensi organisasi tuan.
Sebagai seorang pengurus, tuan sudah tentu faham bertapa pentingnya budaya kerja. Menurut Kajian Booz & Company, 84% daripada responden dan 86% daripada responded Suite-C percaya bahawa budaya organisasi mereka adakah kritikal penentu kejayaan bisnes. Namun begitu, tidak semua pemimpin mengabaikan benih ketakutan ini dan sangat menekankan budaya kerja positif yang berterusan.
Terdapat 8 tanda jelas bahawa budaya kerja di tempat tuan didorong oleh ketakutan:
- Tingkah laku buruk yang jarang dihadapkan.
- Pampasan, insentif dan kenaikan pangkat berdasarkan kpi, bukannya kpi DAN tingkah laku.
- “Pertembungan” kerap antara satu atau lebih pengurusan tertinggi.
- Komunikasi yang lemah atau satu hala.
- Panduan dan sop yang kurang jelas tentang pengurusan kerja.
- Nilai dan and tingkah laku yang diterima tidak dijelaskan secara sepsifik dan dikuatkuasakan.
Adakah situasi ini biasa berlaku? Tuan perlu mula transformasikan budaya di temat kerja melalui kepempinan yang kuat.
Dengan latihan terbaik sudah psti dapat membantu, namun ini bukan tentang petua atau silap mata. Ini berkenaan memastikan tuan dan pasukan tuan dapat memperuntukkan sumber (masa, tenaga,dll) dan perhatian kepada nilai budaya di tempat kerja tuan dan kesan impak tuan mahukan kepada organisasi, industri, misi dan matlamat yang lebih luas, bahkan dunia secara amnya.
Tuan perlu menurangkan kerja kerja yang kurang keutamaan yang memakan sebahagian besar produktiviti pasukan. Tuan perlu memasukkan mereka sebahagian daripada proses, terutamanya jika tuan mahu mendorong budaya kolaberasi. Gunakan alat organisasi seperti skala Likert dan aplikasikannya… secara jelas… dalam pasukan tuan. Melalui kaedah ini semua orang akan lebih mengambil perhatian dan berhubung.

Adalah sangat penting juga untuk memberi pujian pada aspek kegagalan. Memuji kegagalan bukan sehaja mendorong innovasi, malah tindakan ini juga mengurangkan ketakutan. Budaya kerja yang didorong olh ketakutan memandulkan organisasi, menyebabkan keraguan dan membawa kepada tekanan negatif. Apabila staff tuan datang kepada tuan dengan kesilapan-besar atau kecil-bawa bertenang, bantu mereka untuk menfokuskan pada solusi dan beri pujian pada usaha initiatif mereka untuk memperbaiki kesilapan. Jika tuan telah memperjelaskan hasil kerja yang dikehendaki daripada staf, adalah sangat penting untuk pasukan tuan berasa selesa menghampiri tuan dengan isu yang timbul walaupun mmpunyai kesan negatif bagi mereka untuk jangka masa panjang.
Ingat, kesemua ini balik semula pada akauntabiliti dan niat individu itu, kejelasan dan konsistensi. Juga penting untuk diingatkan bahawa transfromasi tidak akan berlaku dalam satu malam. Sangat penting juga untuk dapat rehat yang produktif dalam masa yang sama menghadapi cabaran baru dan pastikan setiap keputusan yang diambil tuan bersifat rasional.