Apakah Yang Membezakan Seorang Bos Daripada Seorang Pemimpin? | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

“Andaikata matlamat tertinggi seorang kapten adalah memelihara kapal beliau, beliau mungkin akan menyimpan kapalnya di pelabuhan untuk selama-lamanya.” – Thomas Aquinas, ahli falsafah

Perdebatan mengenai perbezaan gaya kepimpinan dan peranan mereka dalam sesebuah organisasi sudah diperdebatkan berkurun zaman.

Kepimpinan adalah kemampuan seseorang untuk mempengaruhi sesuatu kumpulan bagi mencapai matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan, dalam masa yang sama menilai dan menyesuaikan kepada keperluan atau kehendak kumpulan.

Seorang bos atau ketua pula, bersifat lebih mekanikal kerana mereka lebih cenderung memfokuskan dalam menyiapkan tugasan atau sasaran dengan segera; Sering kali terlepas pandang mengenai faktor-faktor lain yang mungkin mempengaruhi persiapan tugasan atau sasaran matlamat mereka.

Liz Ryan, seorang penulis artikel Forbes, menulis sebuah artikel tentang lima kunci perbezaan di antara kaedah mengemudi bahtera. :


(1) Misi

Sekiranya seorang kapten kapal memlih untuk mengamalkan gaya seorang bos, beliau akan menyusun tugasan kepada anak buahnya sebagaimana yang beliau telah tetapkan. Inilah peranan utama yang dipikul oleh individu yang mengamalkan kaedah gaya kepimpian seperti ini. Aspek paling penting bagi beliau adalah memastikan mereka mencapai tugasan yang telah ditetapkan. Beliau tidak mampu menilai sisi sudut pandangan individu sebenar yang memastikan peranan tersebut dapat digalas dengan baik. Pendekatan sebegini sebenarnya lebih memfokuskan tentang keberkesanan secara menyeluruh berbanding peranan yang disumbangkan oleh satu-satu individu.

Walaubagaimanapun, sekiranya kapten kapal tersebut mengubah pandangan beliau dengan melihat pendekatan lain melalui perspektif yang berbeza, beliau akan dapat pemahaman yang menyeluruh tentang sesuatu budaya atau matlamat dengan lebih jelas.

 (2) Muhasabah Diri

Seorang kapten kapal yang memiliki sifat kepempinan yang baik mampu menilai kemampuan diri sendiri secara lebih objektif.  Beliau berupaya untuk paksa diri sendiri untuk keluar daripada zon selesa dan sentiasa membuat penambahbaikan kualiti dan kecekapan kepimpinan yang ada pada beliau.

Sebaliknya pula, seorang bos atau ketua membenarkan ketakutan yang ada dalam pemikiran mereka dan menghalang beliau daripada memberikan yang terbaik. Perkara ini dapat memberi kesan pada kredibiliti dan kemampuan beliau dalam menguruskan kumpulan malah dikhuatiri sikap beliau ini dapat memberi ancaman pada kumpulan beliau sendiri.


(3) Risiko dan Kepercayaan

Sebagai seorang pemimpin, kapten kapal mestilah cekap dalam menyedari dalam mengenal pasti kaedah yang paling berkesan supaya setiap tugasan yang diberikan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Beliau perlulah sentiasa bersedia untuk memberi ruang kepada anak buahnya untuk mencuba pendekatan yang sedikit berbeza. Kemungkinan mereka mempunyai kaedah yang lebih baik bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Sabaliknya pula akan berlaku, andai kata beliau hanya gemar memberi arahan kepada semua anak buahnya, beliau sebenarnya tidak mampu untuk membuat pertimbangan yang baik atau memberi peluang pada ahli krew beliau untuk turut serta menyumbang dalam memberi cadangan. Ini kerana pada pandangan beliau setiap ahli krew hanyalah sebahagian daripada satu fungsi tertentu dan tidak lebih daripada itu.

 (4) Pembelajaran Dua Hala

Bangunkan pengalaman dengan sikap memberanikan diri untuk mengambil risiko melepaskan kepercayaan pada anak buah tuan. Pada masa yang sama kapten kapal tersebut perlulah bersikap lebih terbuka untuk mempelajari sesuatu yang baru. Beliau perlulah mengalah sekiranya terdapat pendekatan yang lebih baik dalam menangani sesuatu masalah. Matlamat terbesarnya adalah kita semua dapat mempelajari sesuatu di antara satu sama lain!

Secara kontrasnya, sekiranya pendekatan yang diambil itu hanya semata-mata berdasarkan perspektif seorang bos, kaedah pendekatan yang diambil bergantung sepenuhnya atas bahu beliau manakala anak buahnya pula hanya menuruti arahan daripadanya sahaja dalam menentukan bagaimana sesuatu tugasan harus disiapkan.

 (5) Berani Bercakap Benar

Sebagai seorang pemimpin, kapten kapal diharapkan mampu untuk bersuara dalam persekitaran yang memerlukan beliau untuk mengeluarkan keputusan. Beliau mampu untuk mengisi jurang bagi mencapai sesuatu sasaran atau matlamat yang telah ditetapkan.

Sebaliknya pula terjadi pada seorang yang mengamalkan gaya kepimpinan seperti seorang bos, beliau lebih cenderung untuk mengambil sikap berdiam diri.

Gaya kepimpinan manakah yang tuan amalkan di tempat kerja tuan? Apakah cabaran yang sering dihadapi tuan?

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA