Bagaimana hendak menjadi pemimpin yang berimpak tinggi:
Sepanjang sejarah, banyak pemimpin yang telah memberi inspirasi kepada kita untuk mengubah dunia seperti Nabi Muhammad s.a.w dan Nelson Mandala. Pemimpin ini bukan sahaja meninggalkan kesan tanpa tindakan. Mereka memimpin melalui tindakan dan mengispirasikan manusia untuk mengikuti mereka.
Hari ini, banyak pemimpin lebih mementingkan jaminan posisi mereka berbanding melakukan perkara yang betul. Kepimpinan bukan hanya semata-mata jawatan yang disandarkan pada nama kita. Bahkan lebih daripada itu, ianya adalah tentang tindakan berdasarkan mengenai apa yang diperlukan sesuatu organisasi. Kepimpinan efektif memakan masa dan komitmen.

“Jadilah perubahan seperti kamu impikan di dunia ini.” –Gandhi
Kepimpinan melalui teladan:
Kepimpinan adalah proses dimana satu individu mempengaruhi perilaku, sikap dan pemikiran orang lain. Tindakan seorang ketua diangkat sebagai amalan standard tentang apa yang betul dan apa yang tidak. Pengikut mempelajari tentang perilaku yang boleh diterima dengan memerhati seorang ketua. Satu contoh mudah adalah kod pakaian semasa di pejabat. Dengan pemakaian gaya tertentu di tempat kerja pengikut boleh melihat dan meniru cara seorang ketua itu berpakaian. Untuk mempelajari bagaimana untuk memimpin melalui teladan, ikuti beberapa langkah yang penting di bawah:
- Jangan lakukan sesuatu semata-mata orang lain harapkan tuan untuk lakukannya.
- Jadi seorang yang positif sebaik mungkin.
- Benarkan orang lain mendapatkan tuan pada bila bila masa.
- Kekal konsistan setiap masa.
Sesetengah orang diletakkan di sesuatu tempat yang memegang kuasa, tetapi ianya terpulang kepada ketua tersebut untuk mendapatkan respek dan kepercayaan daripada pengikut mereka. Pengikut perlukan contoh daripada pemerhatian apa yang betul dan apa yang salah bagi pasukan; iaitu menyokong, membangunkan, menyihatkan dan sentiasa bertahan samda dalam masa yang baik atau susah. Apabila tuan telah mengenalpasti diri tuan sebagai seorang pemimpin, ingatlah bahawa tinngkah laku adalah contoh yang sangat berkesan berbanding sekadar nasihat atau ucapan motivasi supaya orang dapat melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing masing. Hindari sikap mudah berpuas hati!
Ingat , seorang ketua tidak selalunya sempurna. Menjadi ketua bermaksud menyedari kesalahan tuan dan berpegang teguh pada kepercayaan dan kejujuran yang tuan telah dibangunkan bersama pasukan tuan, Ini kadang-kala kurang menyenangkan untuk melihat seorang pemimpin didapati telah melakukan kesilapan, namun kegagalan sangat digalakkan bagit membantu syarikat terus berinovasi.
Terdapat banyak cara untuk menambahbaik kemahiran kepimpinan sepanjang kerjaya tuan. Program latihan seperti Kecerdikan Emosi dapat membantu tuan untuk melatih bagaimana untuk menangani tekanan, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan bersama pasukan dan banyak lagi. Teruskan membina kepercayaan dan kehormatan dan amalkan latihan aktiviti kepimpinan ini di tempat kerja dari masa ke semasa bersama pasukan tuan.
Aktiviti Kepimpinan Untuk Di Cuba Di Tempat Kerja
- Menambah baik kemahiran tuan.
- Menambah baik Komunikasi.
- Henti Meletakkan Deadlines dan Merendahkan Idea.
- Bertanya, jangan mengarah.
- Implimentasi Alat Perhubungan Staf (dan GUNAKAN!)
- Jangan curi makanan saya!
- Team building, sudah tentu.