7 Tambahan Pengajaran Daripada Harry Potter | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort
kereta api hogwarts

Hujung minggu semakin menghampiri, fikiran saya melayang mengimbau kembali filem Harry Potter. Saya teringat semasa kecil dan membuat persiapan kembali ke sekolah– tetapi berharap sebaliknya saya dapat mengejar Hogwarts Express dan membawa diri dalam pengembaraan adventure. Jika tuan sudah membaca  posting blog kami yang lepas, tuan menyedari terdapat banyak pengajaran daripada Harry Potter yang boleh diterjemahkan dalam kehidupan sebenar kita. Jadi untuk menghormati tarikh mendatang untuk kembali ke Hogward, disini adalah 7 perkara lagi yang tuan dapat ambil pelajaran daripada buku Harry Potter.

1) Ganjaran Kepada keberanian (Dan kepada sesiapa yang mengambil risiko)

Buku edisi pertama Harry Potter diakhiri dengan Guru Besar memberi mata rumah kepada tiga wira kerana keberanian dan kecerdikan mereka menghadapi Voldermort. Walaubagaimanapun, mata terakhir diberikan pada Neville Longbottom bukan kerana yang menghentikan ahli sihir jahat, tetapi kawan beliau sendiri.

Dalam klip ini Dumbledor memberi penghargaan pada pelajar yang mengabil tindakan sukar dan berisiko kerana situasi mendesak tersebut memerlukan tindakan  betul perlu diambil. Pegurus boleh mengaplikasikan penghargaan ini sebagai model mereka kepada pasukan masing-masing. Sentiasa waspada apabila seseorag mengambil tindakan berani dan sukar dan terjemahkan penghargaan tuan pada mereka.

2) Percaya Pada Diri Sendiri Apabila Berhadapan Dengan Ketidakpastian

Salah satu tamabahan pengajaran abstrak daripada The Chaber of Secrets adalah memberi kepercayaan pada diri sendiri. Sebahagian besar orang berpendapat Harry sepatutnya mewarisi Slytherin, meyebabkan beliau mula meragui diri sendiri. Walaubagaimanapun, keraguan ini ternyata tidak mempunyai asas yang kukuh pada halaman-halaman akhir buku tersebut, dimana keputusan beliau untuk menarik pedang Griffindor daripada topi pensampelan. Tindakan ini hanyalah boleh diambil oleh “Griffindor tulin”. Adalah sangat penting untuk memberi kepercayaan dan kemahiran diri sendiri, meskinpun semua orang meraguinya.

masa Hermione

3) Pengurusan Masa Boleh Memberi Kesan Pada Hasil Akhir Sesuatu Projek

Ini mungkin merupakan satu contoh mempunyai unsur keajaiban, oleh kerana pengurusan masa dalam dunia Harry Potter secara literal membolehkan seseorang kembali ke masa lampau. Walaubagaimanapun, kita semua berlari mengejar deadline dan hanya dapat berharap “sekiranya saya mempunyai 5 jam masa tambahan.” Merancang masa tuan dengan teliti adalah penting untuk kejayaan yang praktikal dan magikal.

4) Elakkan Diri Daripada Dipengaruhi Oleh Khabar Angin

Pada tempoh trakhir tahun ke 4 beliau, Harri dapati bahawa beliau telah dijadikan bahan gossip oleh sesetengah orang yang mempersoalkan kewarasan beliau. Beliau menhadapi cabaran dengan kesedaran apa yang diperkatakan rakan kelas beliau terhadap beliau, namun akhirnya mengambil keputusan tidak memberi sebarang respon pada khabar angin tersebut. Ambil pegajaran daripada sudut perspektif Harry, dan usah fikiran apa yang sedang diperkataan orang lain dibelakang tuan. Gosip selalunya akan sampai juga pada tuan empunya badan.

5) Percaya Pada Firasat Tuan (Namun Hindari Daripada Mengambil Tindakan Tergesa-gesa)

Sepanjang perceritaan dalan buku edisi ke-5, Harry mula menyedari bahawa beliau mempunyai kelebihan dapat memasuki pemikiran dan cara berfikir Voldemort. Beliau mampu mempercayai gerak hati dan kahirnya berjaya menyelamatkan bapa kawan baik beliau, Ron. Walaubagaimanapun , di babak cerita kemudian, tindakan yang tergesa-gesa berakhir dengan kematian ayah angkat Harry, Serius. Pengajaran yang boleh di ambil disini adalah impeting unutk mempercayai gerak hati dan firasat tuan dan mengabil tindakan menyeluruh selepas meneliti sebaik mungkin. Firasat tanpa berfikir boleh menyebabkan kecuaian atau kehilangan fokus.

voldemort musuh utama haryy potter

6) Kajian Merupakan Langkah Penting Dalam Menangani Cabaran

Menyusuri jalan cerita The Half-bloof Prince, Harru bekerjasama dengan Dumbledore untuk menjejaki kehidupan awal Voldermort. Ini dapat membantu mereka untuk memahami dengan lebih mendalam kehidupan dewasa Vodemort dan mendapat gambaran dengan lebih jelas bagaimana boleh mengalahkan beliau.

Jika tuan mendapati tuan dalam keadaan ketidakpastian dalam bagaimana menangani tugasan atau cabaran semasa, ambil masa dengan membuat sedikit kajian terlebih dahulu. Fahami dengan jelas apa yang tuan perlu lakukan dan bagaimana orang lain telah lakukan atau gagal melakukannya, ianya akan memberi tuan gambaran idea dimana hendak bermula.

7) Tidak Terlambat Untuk Memperbaiki Semula Situasi

Salah sau pengajarang paling penting daripada siri Harry Potter adalah tuan harus tidak sama sekali, sama sekali hilang harapan. Harry berjalan memasuki Forbidden Forest (hutan larangan) dalam siri buku terakhir dengan anggapan bahawa beliau akan mati, namun beliau akhirnya terselamat. Walau seteruk mana situasi sekarang, sentiasa ada jalan bagaimana untuk memberbaikinya. Kekal fokus dan bergantung pada rakan kerja tuan untuk lengkapkan bahagian tugasan mereka, harungi perkara yang tidak menyenangkan, dan tuan akan akhirnya berjaya menanganinya.

“Ini merupakan pilihan kita, Hary, yang akan melambangkan diri kita sebenar, melebihi kemampuan kita.”

*Kesemua karakter Harry Potter dan gambar dimiliki oleh @ Warner Bros. Entertainment Inc

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA