Menghargai, memotivisi dan menjadikan pekerja tuan SERONOK!
Pekerja yang seronok adalah yang paling produktif. Kita sudah mendengar ucapan seperti ini beribu-ribu kali. Dalam mana mana struktur bisnes, keseronokkan merupakan asas dalam memastikan operasi yang berjalan dengan lacar. Keseronokkan harus dijadikan tunjang budaya syarikat tuan. Letakkan keutamaan pekerja didepan, dan tuan akan terkejut bagaimana mereka akan menjaga tuan dan bisnes.
Selama bertahun-tahun, kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan bagi sesebuah bisnes. Sebahagan besar usaha kita sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan hingga kita lupa untuk mengambil berat tentang barisan hadapan kita yang berusaha keras dari awal.
Menawarkan pengalaman pelanggan yang hebat tidak harus menjadi agenda yang berasingan. Ianya harus memberi manfaat pada kedua dua belah pihak. Ia bukan hanya tentang membuat lebihan keuntungan namun apa lebih penting ianya harus memberi tuan dan pekerja tuan satu kepuasan menyedari bahawa tuan berjaya memberikan yang terbaik melebihi apa yang tuan harapkan. Pekerja tuan patut merasa bangga melihat pelanggan menghargai jenama tuan dan bukan melakukannya semata mata kerana upah atau gaji.
Pekerja yang seronok tidak akan merasa sumbangan mereka tidak penting malah akan mereka akan terdorong untuk memberikan yang terbaik dan menjaga kepuasan pelanggan. Ia menjadikan usaha mereka lebih bermakna dan mereka dapat melihat perananan mereka dalam perspektif berbeza. Mereka akan melihat pekerjaan mereka ini sebagai bukan hanyalah semata mata sumber kewangan malah sebagai minat mereka juga. Mereka akan mula menyukai apa yang mereka usahakan dan akan rasa kurang terbeban atau tertekan meskipun pada musim jualan yang tinggi.
Menghargai Peranan Pekerja Tuan Dalam Memastikan Kepuasan Pelanggan

Ramai pekerja meninggalkan pekerjaan mereka apabila mereka mendapati kesukaran untuk memahami peranan yang diberikan dalam syarikat. Terutamanya dalam syarikat baru, kebanyakkan bos akan bersifat lebih agresif kerana mereka mahu memastikan kenaikkan carta dari segi jualan dan pengekalan pelanggan. Tuan mesti berlapang dada bahawa kesilapan tidak dapat dielakkan sepenuhnya. Kadang kala pengurus berlebihan dalam menuntut pekerja mereka hingga mereka lupa untuk menghargai usaha mereka malah lebih cepat menegur kesalahan mereka.
Perasaan kebiasaan menjadi ‘hilang arah’ atau ‘keliru’ boleh menyebabkan punca tekanan. Ini akan membawa kesan keburukan berbanding kebaikan bukan sahaja kepada pelanggan malah kepada syarikat secara keseluruhannya. Semua orang patut merasa penting dan mampu untuk mengenal pasti bagaimana mereka menyumbang pada keseronokkan antara satu sama lain.
Jadi bagaimana tuan dapat mengubah sikap pekerja yang kurang produktif kepada seorang yang professional dan seronok menyumbang kepada perkembangan syarikat. Di sini adalah 5 kaedah yang tuan harus amalkan:
1. Sentiasa memberi ucapan ‘terima kasih’
Meskipun sebesar mana atau sekecil mana sumbangan mereka, setiasa berterima kasih pada pekerja tuan atas usahasama mereka. Ia sentiasa lebih baik mempunyai dua pasang tangan tambahan jika tuan mahu lengkapkan lebih banyak tugasan dalam satu-satu masa. Tidak perlu untuk membuat ucapan penghargaan di khalayak ramai. Cukup sahaja dengan penghargaan ringkas atau tepukan di bahu sampai senyum untuk membuat semua orang rasa dihargai.
2. Runtuhkan halangan-halangan tembok komunikasi
Salah satu perkara yang menyukarkan syarikat bergerak kehadapan adalah halangan komunikasi. Komunikasi adalah kunci kejayaan. Komunikasi yang lemah akan bukan sahaja menghasilkan budaya kerja yang kurang selesa, malah ia dapat menghakis produktiviti. Pastikan tuan kenal pasti tembok halangan dalam komunikasi di syarikat tuan dan terus mencari jalan penyelesaian.
3. Memberi peluang pada pekerja untuk melibatkan diri
Benar tuan merupakan orang yang bertangungjawab membuat keputusan tetapi akhirnya pekerja tuan juga yang akan melengkapkan tugasan tersebut. Jangan ragu-ragu untuk meminta pendapat atau pandangan mereka. Tuan akan terkejut bagaimana tuan mendapat perspektif uang berbeza dan idea kreatif yang baru daripada pekerja tuan.
4. Cipta persekitaran kerja yang produktif dan seronok
Jika tuan merasakan ciri ciri dan cara susun atur di dalam pejabat tidak mempunyai kesan kepada produktiviti individu, fikirkannya sekali lagi. Ruang yang sempit dan berselerak mungkin sebenarnya menyumbang kesan pada persekitaran yang negatif. Pastikan tuan mempunyai ruang yang mencukupi untuk semua orang bekerja. Tambah beberapa laman hijau yang juga akan bantu mencipta suasana yang lebih santai. Pilih pokok yang mampu hidup dalam pejabat.
5. Jadi pemimpin yang baik
Menjadi seorang pemimpin sangat berbeza daripada seorang pengurus. Pemimpin yang ‘baik’ adalah individu yang meletakkan sasaran yang jelas untuk pekerja mereka. Menjelaskan apa yang harus dilakukan, bila harus disiapkan dan dimana harus dibawa apabila mereka sudah selesai melengkapkan tugasan mereka. Sediakan panduan dan sokongan pada pasukan.
Pikul tanggungjawab dan akauntabiliti untuk kesilapan yang dilakukan oleh pasukan. Benar, walaupun merupakan kesalahan ahli pasukan namun mereka hanya menjalankan tugasan seperti yang diarahkan—arahan tuan. Pemimpin yang bagus mendorong pasukan dan bukan melepaskan batuk di tangga untuk melepaskan diri daripada kesalahan.