Kaedah Terbaik Menambahbaik Prestasi Kerja | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Ketibaan tahun baru datang bersama matlamat dan cabaran yang baharu. Sebagai seorang pendiri bisnes ataupun pengurus, sebahagian cabaran tersebut termasuklah memikirkan kaedah bagaimana untuk menaikkan angka bisnes dan mengoptimumkan kecekapan. Sebahagian besar kejayaan tuan, akhirnya, kembali semula pada satu faktor-menambah baik prestasi kerja.

Pelajari bagaimana untuk menambahbaik prestasi kerja staf tuan adalah sesuatu yang lebih mudah untuk diucapkan namun menjadi lebih mencabar sekiranya disusuli dengan tindakan. Semua orang perlu disatukan dibawah matlamat yang sama dan hanya satu ketirisan dapat melemahkan semua orang. Kunci utamanya adalah meluangkan masa dan tenaga kepada pembangunan kemahiran pekerja, secara individu mahupun kumpulan.

Teruskan membaca cadangan paling utama kami untuk bagaimana menambahbaik prestasi kerja dan operasi harian di tempat kerja.

1. Komunikasi Dengan Jelas Tentang Matlamat Dan Pencapaian Yang Diharapkan

Paling utama daripada semua ini, sebagai seorang majikan mahupun pengurus, komunikasi yang cekap adalah penting untuk melancarkan gerak kerja yang berkesan. Tuan perlu menetapkan panduan sikap yang jelas dan berterus terang tentang pencapaian yang diharapkan. Perkara ini juga melibatkan setiap kakitangan samada individu, jabatan dan juga secara pasukan.

Mempengurusikan pejumpaan mingguan untuk memastikan semua orang kekal berada dalam matlamat yang sama. Tuan harus meletakkan matlamat prestasi kerja untuk mendorong usaha keras untuk mencapai objektif prestasi mingguan, bulanan dan tahunan. Jika matlamat tuan adalah untuk mencapai pendapatan satu juta pada tahun ini, sebahagian besarnya tertumpu pada matlamat mingguan dan kecemerlangan pasukan jualan tuan.

Ini juga bermakna mengamalkan polisi sikap yang terbuka. Menjadi seorang individu yang mudah didekati oleh perkerja. Jika mereka mempunyai persoalan, mereka perlu berasa selesa untuk merujuk tuan untuk bantuan solusi.

2. Fokus Pada Pembangunan Tenaga Kerja

Pembangunan tenaga kerja adalah konsep yang sering kali diambil ringan oleh kebanyakkan pendiri bisnes. Jika tuan sentiasa berusaha  menambahbaik prestasi kerja dan memperbaiki angka-angka bisnes, tuan perlu melakukan pelaburan dalam latihan untuk pekerja. Latihan semasa program onboarding  yang mereka terima apabila mereka di lantik untuk bekerja adalah untuk melatih untuk membantu mereka bermula dengan betul, namun begitu apa pula rancangan tuan untuk memastikan mereka terus kekal berdaya saing?

Samada tuan mempengerusikan sendiri seminar atau mengupah jurulatih professional atau bahan pembelajaran, fokus pada pembangunan tenaga kerja adalah kaedah terbaik untuk menaikkan bisnes dan memperlihatkan pada pekerja kesanggupan tuan melabur dalam mereka.

3. Mempelajari Bagaimana Memberi Paduan Pada Pekerja Untuk Mencapai Prestasi Yang Lebih Baik

Terdapat beberapa percanggahan diluar sana berkenaan pengunaan penguatkuasaan positif atau negatif  untuk menambahbaik prestasi kerja. Jawapan sebenar adalah ianya bergantung sepenuhnya pada individu atau suasana persekitaran yang wujud. Meskipun mungkin tuan mempunyai pendirian yag kuat mengenai pilihan yang terbaik antara kedua kaedah ini, dua-dua sebenarnya mempunyai objektif yang berbeza untuk penyelesaian dalam konteks persekitaran yang berbeza.

Sebagai contoh, tuan tidak mungkin memberi layanan sama pada pekerja tuan sama seperti seorang jurulatih tentera melayan pelatih tentera muda untuk menambahbaik prestasi mereka. Namun begitu, sebahagian orang mungkin memberi pendapat berbeza dengan mengaitkan polisi disiplin yang tinggi mengakibatkan kejatuhan prestasi berbanding kaedah memberi dorongan kepada pekerjaan yang dapat dilakukan dengan cemerlang.

Kunci utamanya adalah melabur masa untuk memahami pekerja tuan, sebagai sebuah pasukan dan juga sebagai seorang individu untuk mempelajari kaedah terbaik memotivasikan mereka.

4. Mewujudkan Latihan Team Building

Salah satu kaedah menambahbaik semangat pekerja dan kemahiran komunikasi adalah melalui mewujudkan latihan team building selang beberapa kali dalam sebulan. Ini dapat membantu menguatkan hubungan diantara pasukan tuan dalam masa yang sama menambahbaik prestasi kerja.

Latihan-latihan ini boleh dilakukan dengan mudah dan  aktiviti on-site. Latihan-latihan ini mungkin mempunyai kaitan dengan pekerjaan secara tidak langsung atau tiada perkaitan dengan pekerjaan sepenuhnya.

Sebahagian idea team building yang tiada kaitan dengan pekerjaan:

  • Sentuhan kasih
  • Kerusi panas
  • Bunyi paling menarik
  • Aktiviti kereta api

Sebahagian idea team-building yang mempunyai kaitan dengan pekerjaan:

  • Membahagikan kepada beberapa pasukan untuk mencipta kempen marketing atau pengiklanan
  • Latihan pekerja jualan bekerjasama mencipta proses jualan yang lebih baik
  • Mewujudkan kumpulan tenaga pemikir mencipta solusi untuk persekitaran kerja yang lebih baik

Biarkan langit menjadi hadnya, namun pemilihan tuan akhirnya bergantung pada jenis bisnes yang tuan jalankan dan apakah kaedah terbaik sesuai diterima pakai pekerja tuan.

5. Menganjurkan atau Melibatkan Diri dalam Acara Amal

Melibatkan diri dalam acara amal merupakan satu aktiviti team building yang akan menambahbaik prestasi kerja dalam masa yang sama membantu komuniti. Ini boleh merangkumi semua daripada mengagihkan barang persekolahan  atau memberi makan pada golongan yang kurang kemampuan. Walauapapun, program sebegini memberi peluang pada pekerja tuan untuk merehatkan diri daripada pekerjaan di pejabat dan bersama berganding bahu untuk memberi sumbangan kepada insan yang kurang bernasib baik.

Jika tuan bercadang untuk menganjurkan acara tuan sendiri, tuan boleh tubuh satu pasukan bersama pengusaha bisnes yang lain untuk menganjurkan sebuah acara atau majlis untuk komuniti setempat.

6. Kekalkan Keseronokkan Pekerja

Majikan seharusnya mempertimbangkan penekanan pada semangat motivasi pekerja bagi menambahbaik prestasi kerja. Pekerja yang seronok menghasilkan lebih 12 peratus produktiviti. Walaupun peratusan angka seolah memberi gambaran faktor sumbangan yang tidak besar, kenaikkan 12 peratus produktiviti jika diambil kira daripada jumlah keseluruhan pekerja sebenarnya bakal memberi kesan perbezaan yang sangat besar.

Tambahan lagi, menurut sumber yang sama, pekerja yang tidak merasa seronok mempunyai kejatuhan produktiviti sebanyak 10 peratus. Ini bermakna perbezaan produktiviti diantara staff yang seronok dan staff yang tidak seronok adalah dianggarkan sebanyak 22 peratus.

Untuk mengekalkan keseronokkan pekerja di pejabat, pastikan pandangan mereka diambil kira. Jika mereka mempunyai aduan atau kebimbangan, jumpa mereka secara peribadi. Tambahan lagi, memberi dorongan pada mereka adalah salah satu kaedah membuatkan mereka merasa usaha mereka dihargai.

7. Melabur dalam Program Team Building

Latihan team building bukan wajib dilakukan dalam pejabat ataupun bermotifkan amal kebajikan. Malah, keluar pejabat bersama anak buah tuan menambahbaik hubungan majikan-pekerja dan kerjasama pasukan dapat menjadi salah satu kaedah yang sangat berkesan untuk memperbaiki mutu prestasi.

8. Kepimpinan Yang Dapat Dicontohi

Akhirnya, sebagai seorang majikan mahupun pengurus, apa yang diharapkan daripada tuan untuk menjadi pemimpin yang dapat dicontohi. Seseorang pemimpin figura tidak patut mengajar anak buah mereka untuk melakukan sesuatu jika mereka sendiri tidak sanggup melakukannya. Sebagai contoh tuan tidak dapat meminta pekerja tuan untuk lebih fokus dalam pekerjaan mereka, tetapi jika tuan sendiri sering bermain permainan dalam telefon atau sering melayari Facebook.

Bantu pekerja tuan menabahbaik prestasi mutu kerja mereka dengan melalui latihan amali bagaimana ianya harus dilakukan. Kerja keras, menjadi seorang yang mudah didekati, dan terima kritikan. Sebagai pemimpin mereka, pekerja tuan akan merujuk tuan untuk mendapatkan panduan dan sikap tuan akan memberi kesan pada mutu kerja mereka.

Bercadang untuk Menambahbaik Prestasi Kerja untuk Tuan dan Pasukan?

Jika tuan mahu jadikan tahun ini merupakan tahun paling cemerlang, kami boleh bantu. Bebaskan pekerja tuan daripada rutin kebiasaan mereka dan dapatkan mereka bersama dalam kaedah yang menyeronokkan dan menarik untuk menambahbaik mutu prestasi kerja. Hubungi kami hari ini untuk melihat pakej team building outdoor yang pelbagai di Lagoona Resort Cherating.