Sama ada tuan sedang merancang satu perjumpaan pesta percutian pejabat atau perjumpaan kumpulan kecil syarikat di luar, ambil serius mengenai faktor keseronokan. Semakin lama tuan beri tumpuan untuk merancang, semakin tenang dan seronok tuan rasa bersama pasukan tuan. Perkara yang paling buruk cuba dielakkan semasa merancang percutian tuan pada saat-saat akhir adalah tekanan psikologi kerja di saat-saat akhir dan penyelesaian yang terakhir adalah dengan terpaksa memecahkan tabung simpanan.

Tandakan kalendar tuan untuk memulakannya! Pastikan pasukan tuan sedar bahawa tuan sedang merancang sebuah pesta percutian pejabat. Aktiviti percutian yang dilakukan secara mengejut secara umumnya bukanlah idea yang baik. Tempoh akhir tahun adalah masa yang sibuk untuk semua orang. Menyediakan butiran asas mengenai apa yang tuan sedang rancangkan dalam jemputan tuan. Tindakan ini juga memberikan sedikit masa pada tuan untuk melakukan apa-apa perubahan, sekiranya perlu. Di sini terdapat beberapa panduan etika mengenai subjek tersebut.
Kalender Syarikat Sedia Ada:
Outlook, Kalendar Google, Intranet
Potensi Kelebihan: ▲ Platform yang biasa digunakan ▲ Kemas kini notifikasi ▲ Penyeragaman Gabungan Maklumat | Potensi Kekurangan: ▼ Mudah dilepas pandang ▼ Kemas kini notifikasi (terlalu banyak?) ▼ Membosankan |
Surat Jemputan Berasaskan Pengunaan Kertas:
Serahan secara tangan, setiap kali ada peluang, supaya tiada orang yang tertinggal.
Potensi Kelebihan: ▲ Lebih unsur peribadi ▲ Lebih bermakna | Potensi Kelemahan: ▼ Sukar untuk mengemas kini ▼ Mudah untuk hilang |
Jemputan Secara Virtual
Evite, Smilebox, Celebration.com, Facebook, EventBite
Potensi Kelebihan: ▲ faktor unik ▲ Kemas kini notifikasi ▲ Penyeragaman gabungan maklumat | Potensi Kekurangan: ▼ Mungkin boleh disekat oleh spam ▼ Platform yang belum dikenali ▼ Pertindihan isu peribadi & profesional |
Seandainya tuan sudah tetapkan tarikhnya, mulakan dengan menyemak semula pesta percutian syarikat tuan pada tahun lepas:
- Siapakah orang yang ditugaskan untuk membuat keputusan?
- Dimanakah pesta tersebut telah diadakan?
- Bagaimanakah jumlah kehadirannya?
- Adakah perancangan masa yang diaturkan berkesan?
- Adakah terdapat apa-apa isu tentang makanan? Minuman?
- Adakah orang sukakan aktiviti yang telah diadakan? Seandainya tidak, mengapa?
- Adakah terdapat beberapa elemen lain yang boleh ditambahbaik atau dikembangkan lagi?