Bukanlah satu rahsia lagi bahawa kepimpinan yang cekap amat diperlukan untuk membina pasukan yang berjaya!

Sebuah pasukan yang kuat sudah pasti memerlukan pemimpin yang lebih kuat yang tidak takut untuk menempuh pelbagai cabaran besar. Sebagai seorang pemimpin, tugas tuan adalah untuk menyusun pasukan tuan menjadi satu pasukan yang efisen dimana ahli-ahlinya saling bekerjasama dalam masa yang sama berkebolehan memikul peranan individu secara cekap. Tuan perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran mengurus orang kerana ini semua membantu tuan memahami dengan siapa tuan bekerja. Adalah penting untuk mengenal pasti apakah yang mendorong seseorang dan bagaiman tuan dapat membantu mereka mencapai matlamat tersebut. Enam langkah ini dapat membantu tuan mendapat ramuan kunci kejayaan pasukan dan berada dalam landasan untuk menjadi seorang pemimpin yang yakin, kental dan berjaya!
1. Kenal Pasti Bagaimana Tuan Bekerja
Oleh kerana tuan merupakan ketua pasukan tidak bermaksud tuan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk pasukan tuan setiap masa! Tuan perlu memahami kaedah gerak kerja tuan sendiri sebelum tuan memimpin orang lain jesteru itu mengenal pasti potensi diri adalah sangat penting. Sentiasa menilai diri sendiri dan pastikan teknik yang diimplimentasikan masih efektif untuk ahli pasukan tuan. Kenal pasti apabila perubahan diperlukan dan cuba membetulkannya secepat mungkin supaya pasukan tuan mengekalkan efisen tertinggi dan dapat melengkapkan tugasan dengan cemerlang. Mungkin pada masa-masa tertentu tuan akan menghadapi cabaran dan kesulitan namun begitu ambil sikap bertanggungjawab untuk kesemua tugasan yang tuan pikulkan!
2. Ambil Peluang Untuk Mengenali Seluruh Ahli Pasukan
Adalah sangat kritikal untuk mengenal pasti siapakah anak buah yang tuan sedang memimpin. Semua orang memiliki bakat dan kemampuan dan apa yang lebih penting pemahaman ini dapat membantu pasukan tuan untuk bekerjasama dengan cemerlang . Luangkan masa untuk mengenali satu sama lain dikalangan ahli pasukan tuan dapat memelihatkan komitmen dan rasa hormat yang tuan berikan pada setiap individu. Hubungan yang sihat dengan ahli pasukan tuan dapat memacu pasukan yang lebih kukuh secara keseluruhan.
3. Tetapkan Peranan dan Tanggungjwabah Dengan Jelas
Kadang kala mengenal pasti peranan yang bersesuaian dan terbaik bagi satu-satu individu adalah terletak di luar kerangka tugasan semasa mereka. Adalah menjadi tanggungjawab tuan untuk mengenal pasti bakat ini dan mampu meletakkan seseorang di posisi tugasan bersesuaikan dengan kemahiran yang ada pada mereka dimana mereka memunyai kecekapan sedia ada untuk melakukan tugasan tersebut dengan lebih cemerlang.
4. Sentiasa Proaktif dengan Maklum Balas

Maklumat maklum balas adalah sangat penting dan sebahagian daripada menjadi pemimpin pasukan. Tuan harus sentiasa memberi maklum balas dan tindak menunggu sehingga masalah timbul baru hendak bertindak. Memberi maklum balas yang tepat dapat memastikan semua orang berada dalam landasan yang betul. Ingat, setiap pasukan adalah berbeza dan memerlukan kaedah maklum balas yang berbeza. Ini berbalik semula pada kepentingan memahami pasukan tuan dengan baik. Jika tuan mengenali pasukan tuan dengan baik, maklumbalas tuan akan menjadi lancar tanpa isu.
5. Memberi Pujian Dan Imbuhan
Ucapan kata pujian pada pasukan tuan apabila mereka lengkapkan tugasan mereka dengan cemerlang. Memuji hasul kejayaan pasukan tuan dapat membina pasukan dengan menaikkan motivasi mereka. Setiap individu dalam pasukan mahu usaha keras mereka dihargai oleh itu ambil peluang untuk melakukannya sebagai dorongan memastikan pasukan bertambah kuat dari masa ke semasa.

6. Sentiasa Menyambut Kejayaan
Ambil setapak jauh lebih luar biasa selain memberi ucapan pujan dan imbuhan, menyambut kejayaan juga merupakan faktor kelainan yang penting untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat. Ini adalah masa yang tepat untuk untuk berundur seketika dan mengimbau tentang cabaran yang telah berjaya diharungi dalam pasukan dalam melengkapkan misi matlamat besar yang telah berjaya dicapai. Ini akan memotivasikan setiap ahli pasukan untuk bekerja dengan lebih keras untuk tugasan dan cabaran yang akan datang. Kaedah dorongan ini adalah penanda aras baru yang tertinggi untuk syarikat dan mejadi satu budaya penting untuk dihidupkan.