5 Jenis Ketakutan Yang Memberi Kesan Pada Anda Sebagai Seorang Pemimpin | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Samada tuan baru sahaja mendapat promosi kerja atau dilahirkan untuk memimpin, kepimpinan merupakan sesuatu yang menakutkan dan ketakutan berpunca daripada reaksi semula jadi. Adakah saya merupakan contoh yang baik? Adakah orang ramai menghormati saya? Apa yang akan berlaku sekiranya saya melakukan kesilapan yang besar?

Tanpda mengambil faktor tahap pengalaman tuan, ketakutan boleh memberi kesan yang mendalam tentang bagaimana tuan menangani diri sendiri secara profesional, sering kali melalui tindakan yang tuan sendiri tidak menyedarinya. Ini dapat memberi kesan yang negatif pada bagaimana pekerja menilai tuan dan perkembangan tuan dalam organisasi tersebut.

Kesedaran mengenai elemen ketakutan ini, walaubagaimanapun, dapat memberi keyakinan pada tuan untuk mengatasinya—bersama kemampuan untuk menghilangkannya: “Kesedaran mengenai perasaan takut kita dan bagaimana kita bertindak balas padanya akan dapat membantu kita untuk menangani kesannya ke atas kita. Ia bukan mengenai kewujudan ketakutan itu sendiri, tetapi tengtang tindak balas kita terhadap ketakutan tersebut (sebagai pemimpin dan individu) yang paling penting,” kata Alli Worthington, COO bagi Propel Women.

Nilai semula ketakutan ini melalui langkah pembetulan pada tindakan berasaskan ketakutan, yang memberi kesan pada bagaimana tuan mengurus dan bekerjasama dengan orang lain dalam orgnisasi tuan.

1. Tuan Tidak Dapat Menerima Kritikan Yang Membina

Sebagai seorang pemimpin, kelemahan tuan lebih cenderung untuk disedari berbanding kejayaan tuan, oleh itu adalah sangat penting untuk memahami bahawa kritikan yang membina itu bukanlah sesuatu yang buruk. Malangnya, tugas tuan bukan sahaja memerlukan sikap menghormati pendangan orang lain, walaupun mereka sedang mengkritik hasil kerja tuan, tetapi ketakutan terhadap kritikan ini dapat  membawa kepada pembantutan. Lambat laun ia cukup untuk memberi kesa pada tuan menyebabkan tuan terlewat menyiapkan tugasan dari tarikh jadual yang akhirnya menjadikan situasi diluar kawalan.

Hapuskan sikap sebegini: Tarik tiga nafas panjang sebelum memberi tindak balas pada sebarang kritikan. Ini dapat menghentikan tuan daripada mengambil tindakan yang membela diri.

2. Tuan Tidak Memuji Hasil Kerja Yang Cemerlang

The Carrot Principal membuktikan kesan nilai pujian melalui kajian selama 10 tahun melibatkan lebih daripada 200,000 pekerja. Kajian mendapati bahawa pengurus yang bagus dalam mengenal pasti pekerja, mempunyai pusing ganti pekerja (employee turnover) yang rendah dan organisasi mereka berkembang dengan lebih berjaya, dan pemimpin mereka dipandang sebagai seorang yang lebih bertanggungjawab dan dipercayai.

Hapuskan sikap sebegini: Tetapkan matlamat untuk memuji sekurang-kurangnya satu orang satu hari, pujian pada kumpulan atau kepada individu secara langsung. Semakin lama tuan ambil sikap sebegini, semakin mudah untuk mengamalkannya. Setelah tuan menyedari manfaat positif terhasil darinya, tindakan yang berasaskan ketakutan semata-mata akan mula melemah.

3. Tuan Sukar Membuat Keputusan

Jika tuan rasa kurang selesa untuk mengambil keputusan besar atau menangguhnya kerana ragu-ragu, tuan sebenarnya membenarkan ketakutan pada ketidakpastian ini mempengaruhi tindakan tuan. Walaupun cabaran menjadi seorang ketua adalah tuan akan menjadi individu yang akan dipertanggungjawabkan sekiranya keputusan yang dilakukan itu tidak tepat, ianya hanyalah sebahagian daripada tugasan tuan.

Adalah lebih mudah untuk delegate keputusan tuan, semata-mata kerana tuan tidak mahu merasa risau. Malah pemimpin terbaik dunia sekalipun melakukan keputusan yang silap kadang-kala. Apa yang tuan rasa setelah mengambil keputusan sering kali lebih berat daripada situasi yang sebenar, oleh itu percayalah pada intuisi tuan.

Hapuskan sikap sebegini: Tulis satu senarai mengenai keputusan yang tuan rasakan betul. Selepas itu, buat satu senarai yang tuan rasakan tidak betul.  Cuba kenal pasti perbezaan diantara yang betul dan yang salah, dan kerja keras untuk menghasilkan keputusan yang lebih baik. Gunakan semua kejayaan tuan untuk buktikan pada diri sendiri bahawa tuan mampu membuat keputusan yang terbaik pada oragnisasi.

4. Tuan Tidak Fikir Tuan Layak Berada Di Tempat Tuan

pemimpin kepimpinan

Sindrom penyamaran  berunca daripada perasaan bahawa tuan berjaya meletakkan diri sendiri pada tempat yang tuan rasakan tuan tidak layak. Kebanyakkan masa, perasaan ini hanyalah berpunca daripada sandaran keyakiranan diri yang lemah. Ini hanyalah satu perasaan kesan daripada tidak mempercayai diri sendiri yang dirasai pada beberapa peringkat kejadian dalam kehidupan kita, namun sebagai seorang pemimpin, ia boleh menyebabkan tuan terhalang daripada melakukan yang terbaik. Tuan juga akan mula mempersoalkan keputusan tuan, taktik pengurusan tuan dan kemampuan tuan untuk menjalankan tugasan dengan betul.

Hapuskan sikap sebegini: Tetapi bagaimanakah tuan menghapuskan perasaan yang mengatakan tuan tidak layak? Terdapat banyak cara untuk menangani sindrom penyamaran, tetapi salah satu langkah yag paling mudah untuk memperbetulkan semula cara tuan berfikir. Berhenti menggunakan yang dimulakan dengan “Saya rasa” dan “Saya mungkin”. Sebaliknya, ucaplah “Saya mempunyai satu soalan” atau “Saya faham”.

5. Tuan Lari Daripada Mengambil Risiko

Apabila seseorang pemimpin berhenti mengambil risiko, ini biasanya kesan daripada faktor takut kepada kegagalan. Malah berdasarkan kajian di luar negara, 31 peratus orang amerika meletakkan kesan ketakutan daripada kegagalan peribadi mereka sebagai ketakutan nobor satu mereka, menurut Fighting Fear: The 7 Billon Dollar Price Tag.

Sebagai seorang pemimpin tugas tuan adalah untuk mengambil risiko yang cerdik. Ia sudah dijangka bukanlah setiap initiatif yang di ambil oleh tuan atau setiap taktik baru tuan mencuba akan memberi hasil yang berkesan—oleh itu jangan biarkan kesan ini menghalang tuan daripada melakukan tugasan tuan dan dalam masa yang sebagai inspirasi pada orang lain.

Hapuskan sikap sebegini: Mulakan dengan mengambil keputusan kecil yang mempunyai kurang risiko. Jangan ragu-ragu untuk menanyakan soalan dan mendapatkan maklum balas—walaupun sebagai seorang pemimpin, adalah amat penting untuk bertanya soalan, terutamanya apabila tuan sangat baru dalam tugasan tersebut. Yakini diri untuk mengambil keputusan yang semakin tinggi risikonya dibantu bersama rakan sekerja sehinggalah tuan sudah bersedia untuk melakukannya sendiri.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA