Dapatkan Panduan Awal Bagi Merancang Company Retreat Anda | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Persekitaran tempat kerja kadang-kala boleh menjadi sangat tertekan jesteru itu adalah menjadi keutamaan bagi pekerja untuk meluangkan masa di luar pejabat untuk mengembalikan semula tenaga mereka. Cuti kalender umum secara umumya lebih daripada sekadar memanfaatkan masa cuti terluang, malah ia adalah masa terbaik untuk menganjurkan company retreat. Percutian company retreat merupakan sesuatu yang menyeronokkan, dalam masa yang sama mendorong pesekitaran kerja yang lebih interaktif dan postif. Tandakan cuti umum kalender terdekat, ini adalah masa terbaik untu tuan mempertimbangkan percutian company retreat tuan! Dapatkan panduan bagaimana untuk merancang awal percutian company retreat dibawah ini!

Manfaat Penganjuran Company Retreat

Apabila pekerja tuan dapat membangunkan persahabatan yang bermakna dan persefahaman di antara rakan kerja, ia dapat memberi kesan mendalam di tempat kerja.

https://www.teambonding.com/wp-content/uploads/2016/03/8551937456_0c542f1847_o.jpg

Membina pasukan yang bersatupadu merupakan satu proses yang tidak ada pengakhirannya dan penting untuk dinalai secara konsisten agar setiap pasukan sentiasa dapat bekerjasama dalam keadaan baik.

Selari dengan peribahasa “sudah menghilang membajak pula”, semua orang memerlukan masa berehat untuk merehatkan diri di luar pejabat. Company retreat membawa keseronokkan dan dipenuhi dengan acara aktiviti untuk mengurangkan tekanan beban kerja pekerja. Apabila sekembali untuk menjalankan tugasan, semua orang akan rasa lebih segar dan bertenaga. Company retreat dapat mewujudkan persekitaran kerja yang lebih bertenaga, membentuk pasukan yang lebih bahagia!

Satu laporan daripada RedBallon/AltusQ mendapati bahawa syarikat yang mempunyai tahap penglibatan pekerja yang tinggi mempunyai 10 kali ganda kebarangkalian untuk mecapai kenaikan jualan dan keuntungan daripada syarikat yang mempunyai tahap penglibatan pekerja yang rendah.

3 Perkara Untuk Difikirkan Semasa Merancang Company Retreat

#1 Kenali Pekerja Tuan

Adakah pejabat tuan didominasi oleh lelaki atau wanita? Pada pendapat tuan adakah pekerja tuan lebih seronok lakukannya di luar kawasan pejabat? Adakah pekerja tuan mempunyai keluarga– adakah tuan pertimbangkan untuk menjemput sekali anak-anak dan pasangan hidup mereka?

#2 Menilai Faktor Penting

Adakah tuan merancang objektif percutian seperti team building atau perjumpaan beramai-ramai kesemua pekerja daripada setiap jabatan. Adakah tuan bercadang untuk merancangnya pada hari cuti minggu yang panjang atau aktiviti santapan malam BBQ sahaja?

#3 Jangan Pilih Yang “Biasa-biasa” Sedangkan Apa Tuan Sebenarnya Mahukan Adalah Yang “Menyeronokkan”

Tuan mempunyai semua “alat” nya (lokasi, permainan dan bekalan makanan), tetapi bagaimana tuan mengolah “alat” tersebut yang akan membezakannya. Tetapkan matlamat untuk menganjurkan acara dimana semua orang dapat melibatkan diri secara aktif dan menikmati hari yang sukar dilupakan.

Idea Percutian Company Retreat Tuan Yang Seterusnya

#1 Sukarelawan

Luangkan masa membantu orang lain, bukan sahaja baik untuk kesan rohani, malah membagunkan juga persahabatan antara pasukan yang sihat.

Mengisi percutian dengan melibatkan diri dalam kerja sukarelawan seperti program kembali ke sekolah, mengumpulkan derma bagi tujuan pertubuhan amal, kenduri korban atau mengagihkan makanan kepada golongan yang kurang kemampuan.

#2 Barbeku atau Berkelah

Semua orang suka mankan yang lazat dan aktiviti santapan makan bersama yang dapat menambahbaik hubungan di antara rakan kerja. Fikir di luar kotak dan cuba sesuatu yang baru selain menu BBQ yang sudah menjadi kelaziman seperti hot dog, burger dan salad kentang. Rancang inipati majlis tuan dan wawarkannya sebagai satu menu misteri agar semua orang lebih berminat!

#3 Paintball

Apakah aktiviti yang lebih baik untuk rangsangan adrenalin yang tinggi daripada perlawanan paintball di antara pasukan? Bukan sahaja permainan ini amat menyeronokkan, malah permainan ini menguji pekerja tuan untuk berfikir secara logik dan strategik, dan kemahiran bekerja secara berkumpulan!

#4 Berkayak Atau Berkanu

Ini merupakan aktiviti terbaik jika tuan mempunyai rakan kerja yang meminati aktiviti adventure. Meluangkan masa dalam aktiviti rekreasi air adalah cara terbaik untuk beristirehat menikmati cuaca dan pemandangan semulajadi yang cantik. Terdapat banyak pusat rekreasi yang menyewakan kayak, mendorong pekerja tuan untuk menyesuaikan diri dengan orang yang mereka kurang kenali.

Kebanyakkan orang memilih lokasi yang mereka tidak pernah lawati. Jom ke Lagoona Resort di Cherating Pahang! Mahu ambil peluang untuk mencuba aktiviti membina dan menaiki rakit di sungai Cherating? Aktiviti ini sebenarnya sangat menyeronokkan dan tuan akan dapat mempelajari sesuatu yang baru tentang kampung Cherating!

Percutian Company Retreat Tuan Yang Seterusnya Sepatutnya Menjadi Lebih Menyeronokkan Dengan Memperkenalkan Aktiviti Team Building Yang Menjadi Kegemaran Setiap Orang. 

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA