“Saya akan cuba menambahbaik diri saya sendiri kerana andaikata ada orang menjadi musuh kepada diri mereka sendiri, kebiasaanya orang itu adalah diri kita sendiri.” – Tuan Pravin, peserta Team Building Cherating Lagoona Villa Resort.
Kebanyakkan tips team building fokus pada bagaimana tuan dapat mempengaruhi orang lain untuk kolaborasi bersama… komunikasi…berbual sahaja semasa sendiri! Dalam masa yang sama, networking dan nasihat membina kerjaya cenderung untuk memberi fokus lebih pada tuan, secara individu.
Kebenarannya adalah, semua cabaran yang berkaitan dengan tempat kerja dan kerjaya tuan sebenarnya saling terikat. Kepercayaan dan tindakan tuan adalah paling penting, terutamanya apabila menghadapai cabaran kerjasama berpasukan. Jika tuan mahu membina hubungan yang lebih kukuh dalam pasukan tuan, perhatikan apa yang tuan sedang lakukan.
Apabila tuan merancang sebuah acara team building, adakah tuan turut melibatkan diri bersama orang lain? Adakah tuan hanya mempengerusikan pejumpaan icebreaking atau turut melibatkan diri sendiri sekali? Adakah tuan melibatkan diri dalam polisi/ program/ aktiviti sosial yang tuan wujudkan untuk membantu orang lain untuk bekerjasama?

Merancang dan memimpin acara majlis mungkin adalah kekuatan terbesar tuan, namun tuan perlulah juga membawa diri sebagai pemain pasukan untuk melihat hasilnya. Sekiranya pasukan tuan kecil dan seseorang perlu menjadi pemerhati bagi mengendalikan kerja pasukan, gabungkannya sekali. Kenal pasti ahli pasukan yang mempunyai kekuatan yang sama yang berminat untuk mengendalikan acara atau aktiviti. Beri mereka tanggungjawab untuk mereka mengendalikannya. Kemudaian turut serta sebagai salah satu peserta biasa.
Jangan jadikan diri sendiri sebagai musuh team building paling utama. Kerja keras, berbuat baik pada semua orang, jadi lebih fleksibel dan beri perhatian pada apa yang tuan sedang lakukan. Tuan. Diri tuan sendiri. Dan…tuan.