Tahukah tuan aktiviti team building menaikkan kepercayaan, mendorong komunikasi, menyeburkan kolaberasi, dan mengurangkan konflik? Adakah tuan bercadang memulakan tahun baru ini dengan memperkenalkan pasukan tuan kepada aktiviti team building untuk meningkatkan motivasi pasukan?
Dapatkan semua aktiviti tahun baru yang pasukan tuan boleh lakukan untuk membina kepercayaan dan persaudaraan. Baca untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan aktiviti-aktiviti yang dipilih dan direka khusus untuk aktiviti team building bagi melahirkan pasukan yag lebih mantap.
Mengapa Tuan Perlu Memilih Team Building

Terdapat banyak manfaat untuk melakukan team building, daripada mengelakkan konflik hinggalah menggalakkan komunikasi. Teroka pelbagai manfaat mengapa tuan mahu memilih aktiviti team building pada tahun baru ini.
Meningkatkan Komunikasi
Samada sedang mempunyai masalah komunikasi atau tidak, masalah ini hampir tidak boleh dielakkan untuk terjadi di kemudian hari. Masih ingat permainan telefon? Ia membuktikan bagaimana komunikasi boleh terhakis oleh tembok masa. Permulaan mesej dimulakan dengan seorang peserta, dipindah dan dibisikkan dari satu peserta kepada peserta lain dan maksud mesej akhir boleh ditafsirkan berbeza daripada maksud asal. Pelajaran ini penting untuk pasukan tuan apabila semasa rangkaian mesej itu disampaikan, adalah sangat penting untuk mendengar dan mensahihkan sendiri daripada sumber asal. Namu begitu, ianya sangat mudah dalam kawasa kerja bertapa kerap konflik ini berlaku, terutamanya dalam jabatan yang berbeza. Aktiviti team building adalah sangat kritikal untuk menambahbaik komunikasi di antara pasukan, yang akan membawa kepada keputusan yang lebih effisen dan positif. Contoh bagus menambahbaik skil komunikasi adalah melalui Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat. Ini boleh dicapai melalui kerja-kerja sukarelaan seperti kempen menderma kepada badan-badan kebajikan.
Menguruskan Konflik
Aktiviti team building termaksud membina kepercayaan. Jika pasukan tuan kelihatan mempunyai kepercayaan antara satu sama lain yang kurang memuaskan, permainan yang membina kepercayaan boleh menjadi aktiviti yang paling sempurna. Contoh satu latihan yang mudah seperti mengenalpasti cabaran rempuh berhalangan sekitar lokasi tuan dan dapatkan pasukan tuan kain penutup mata dan berdiri dalam garisan. Dapatkan tali yang membolehkan mereka berpaut dan dapatkan bantuan rakan pasukan lain untuk cuba navigasi mereka melepasi cabaran laluan berhalangan bersama untuk membina kepercayaan dan melatih kemahiran skil komunikasi. Secara umum, tuan mahu mendapatkan latihan modul pembinaan pasukan yang mengfokuskan kepada kecekapan, kepercayaan bersama, dan dapat menyatupadukan pasukan tuan.
Aktiviti Team Building

Apabila memilih aktiviti, sangat penting untuk mengambil kira apa yang dirasakan objektif yang paling penting hendak dicapai pasukan tuan untuk cabaran semasa, dan lakukan pilihan permainan atau aktiviti berdasarkan keperluan objektif tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti dan permainan yang boleh menambah baik pelbagai cabaran samada perihal kepercayaan, konflik, atau komunikasi, termasuk tidak dapat kenal pasti masalah sebenar. Apa sahaja keperluan objektif tuan, mentranformasikan budaya kerja melalui kerja berpasukan adalah matlamat utama.
Rancangan Permainan
Tuan akan terkejut bagaimana rancangan permainan popular boleh menjadi aktiviti penglibatan staf yang sangat menyeronokkan.
Kerja Amal
Menjadi sukarelawan adalah pekerjaan mulia, terutamanya apabila tuan sedang mencari aktiviti tahun baru. Pertimbangkan untuk menganjurkan program Hari Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk mengukuhkan ikatan hubungan antara satu sama lain, menaikkan moral dan menyumbang kepada perubahan positif dalam kehidupan manusia yang sangat memerlukan bantuan. Jika tuan menghadapi kekangan di hari kerja, tuan boleh pertimbang menganjurkan hari aktiviti sukarelawan pada citi hujung minggu contohnya di rumah jagaan anak yatim.
Sukan Lasak
Sebahagian pasukan akan mulakan dengan pengalaman cabaran aktiviti lasak yang menyeronokkan seperti go-karts, aktiviti menyelam scuba, atau zip-lining. Lain-lain idea aktiviti sukan lasak adalah memanjat gunung, meluncur air, merakit, atau permainan bungee jumping. Walaupun aktiviti seperti ini mungkin melibatkan sedikit kos, ianya adalah cara terbaik untuk memberi ganjaran kepada staf untuk permulaan tahun baru yang hebat dan permulaan tahun baru berimpak. Jika pasukan tuan tidak begitu berani dengan cabaran lasak seperti ini, sentiasa terdapat pelbagai pilihan aktiviti indoor yang boleh dilakukan.
Menyelesaikan Masalah
Datangkan sesuatu cabaran fiksyen yang mesti diselesaikan. Samada ianya cabaran reka bentuk, teka-teki, latihan berfikit luar kotak terpulang kepada tuan. Dapatkan pasukan tuan datangkan dengan idea diatas sebuah kertas yang besar. Hanya sebaris dua ayat sudah memadai. Kemudian, minta mereka pindahkan kertas tersebut kepada individu kesebelah kiri. Dapatkan individu itu untuk mengolah idea baru untuk mencipta solusi berlainan. Selepas beberapa pusingan, perhatikan apa yang telah terhasil. Ini membuktikan pada pasukan tuan bahawa setiap tambahan input individu diambil kira sehinggalah ke hasil akhir. Aktiviti ini memaksa pasukan tuan untuk bekerjasama untuk menyelesaikan cabaran dan memerah otak.
Virtual Reality
Pengalaman team building yang menarik adalah melalui virtual reality. Pasukan tuan bukan sahaja dapat merasai pengalaman VR untuk kali pertama, tetapi ia boleh membantu pasukan tuan memerhati keberkesanan dan keseronokan untuk terbuka pada perubahan dan teknologi baru. Dengan permulaan tahun 2020 dan teknologi yang baru dilahirkan, Virtual Reality adalah aktiviti yang wujud di pasaran untuk pasukan tuan merasai bersama.

Kita sedang berbicara tentang pembelajaran experimen melalui simulasi dan role-playing. Kita menamakannya sebagai Gelungan Infiniti , satu permaian menyelamatkan diri bilik kurangan yang bersifat virtual reality. Satu pasukan yang terdiri dari sejumlah peserta membuat penukaran fungsi peranan dalam dunia sebenar untuk menyelamatkan elaki muda yang terperangkap dalam dunia maya. Setiap pasukan diberi VR headset, dan setiap ahli pasukan mengambil bahagian bergilir melihat melalui headset. Mereka menterjemahkan apa yang mereka perhatikan kepada hali pasukan untuk menyelesaikan pelbagai teka-teki. Dengan bantuan papanpermakahan elektronik untuk mendorong persaingan, permainan ini memberikan maklum balas dan penambahbaikan untuk pasukan yag dapat membantu mereka untuk selesaikan pelbagai masalah dalam kaedah lebih efisen. Semakin jelas dan terperinci ahli pasukan memberi gambaran dunia maya mereka, semakin tinggi keberangkalian untuk pasukan menyelesaikan teka-teki.
Aktiviti Tahun Baru Yang Menarik
Apabila tuan sedang memikirkan aktiviti Tahun Baru yang menarik, sentiasa ingat untuk merancang dan membuat pilihan aktiviti apakah yang menarik untuk direncanakan.
Adakah tuan sudah bersedia untu mencari aktiviti team building yang lengkap? Hubungi kami hari ini dan kami akan bantu untuk merialisasikannya!