Memperkenalkan 9 Acara Team Building Terbaru Tahun 2020
Misi kami adalah untuk menambah baik skil komunikasi, produktiviti, dan mencipta budaya syarikat yang positif melalui penglibatan pekerja.
Kami telah menyusun senarai 10 idea paling baru untuk acara team building tahun 2020!
1. Projek Amal Mengagih Basikal

Projek Amal Mengagih Basikal merupakan cadangan idea paling baru yang boleh cuba dipromosikan. Idea aktiviti team building yang menarik ini akan membawa acara tanggungjawab social korporat (CSR) kepada satu tahap demensi yang baru. Ideanya sangat mudah, semua orang bekerja dalam satu pasukan kecil yang dibentuk, mengumpul basikal yang berkualiti, untuk diagihkan pada kanak kanak yang datang daripada keluarga kurang kemampuan untuk memberi pengalaman seperti kanak kanak lain merasai keseronokan dan keyakinan yang dibentuk melalui aktiviti berbasikal. Salah satu tugas setiap pasukan adalah untuk menguruskan penghantaran logistik, menyediakan kesemua basikal yang diperlukan dalam masa yang sama bekerja sama dengan komuniti, badan kebajikan atau penduduk kampung setempat. Tambahan hadiah basikal baru yang berkilat, setiap kanak kanak juga akan menerima topi keledar dank gari kunci keselamatan untuk basikal.
Program CSR atau tanggungjawab social korporat adalah cara yang luar biasa untuk memberi pasukan tuan peluang untuk mengukuhkan hubungan diluar kebiasaan cabaran kerja hari demi hari. Program tanggungjawab sosial korporat dapat membantu mengukuhkan persaudaraan, meningkatkan kemahiran berkomunikasi, dan menaikkan semangat dalam masa yang sama melakukan perubahan positif dalam kehidupan insan yang paling memerlukan.
2. Cabaran Kotak Misteri
Cabaran Kotak Misteri adalah permainan mudah alih, bilik melepaskan diri inspirasi untuk aktiviti permianan team building yang baru. Begini cara permainan dijalankan: selepas klip video pendek, setiap pasukan bekerjasama untuk berusaha membuka sebuah kotak yang disediakan. Selepas pasukan tuan berjaya membuka kotak tersebut, peserta akan menemui 4 buah kotak kecil lagi di dalamnya. Setiap kotak kecil itu mempunyai cabaran untuk dilepasi yang perlu diselesaikan untuk layak ke peringkat seterusnya. Akhirnya hanya ada satu pasukan yang akan menjadi pertama untuk berjaya mendapatkan kata kunci yang akan menghentikan loceng masa. Acara ini menawarkan pelbagai keseronokan yang berlansung dengan pantas. Permainan ini menggalakkan kretiviti, kolaberasi, dan melatih untuk berfikir dengan pantas setiap melangkah hinggalah tamat permainan.
Mampukah pasukan tuan menyahut Cabaran Kotak Misteri?
3. Aktiviti Memasak Secara Berkumpulan

Aktiviti Memasak Secara Berkumpulan menawarkan pengalaman pada pasukan tuan untuk menyediakan, menikmati dan meraikan masakan lazat yang dimasak bersama. Aktiviti ini boleh menjadi permulaan baru untuk mengumpul pasukan tuan untuk meluangkan masa bersama di luar konteks rutin kerja harian dan hubungan rakan sekerja mereka. Perserta menyediakan pelbagai pilihan menu dan dapat menampung perlbagai kumpulan dari latar belakang yang berbeza. Ini adalah idea program yang yang sangat digalakkan untuk dicuba untuk mulakan acara atau sebagai aktiviti penutup selepas meyuarat, persidangan ataupun untuk majlis sambutan meraikan kejayaan syarikat.
Jom masak bersama!
4. Gelungan Infiniti

Di luar negara Gelungan Infinati adalah pemainan team building yang pertama mengunakan teknologi VR (Teknologi Realiti Maya). Permainan ini sangat menyeronokkan dan peserta menjadi sebahagian daripada watak utama permainan. Permainan reality maya adalah permainan masa hadapan team building! Konsep permainan: Pasukan tuan ditugaskan untuk menyelamatkan seorang pemuda yang telah terperangkap di dalam penjara maya. Setiap pasukan dibekalkan dengan sebuah VR headset, dan satu ahli daripada pasukan meneroka dunia maya untuk tempoh satu- satu masa. Pengembara maya (virtual) perlu gambarkan persekitaran mereka secara tepat sementara ahli pasukan lain menyelesaikan teka teki, membuka beberapa pintu yang terkunci dan melepaska pemainlain yang terperangkap dalam penjara maya. Kemahiran serba boleh, acara yang sangat menarik yang memberikan pemain maklum balas yang berterusan, membantu mereka untuk komunikasi dengan lebih efektif dan menyelesaikan masalah dengan lebih efisien.
Satu-satunya pengalaman unik yang menghubungkan dunia sebenar dengan dunia maya.
5. Aktiviti Mengukir Ais

Aktiviti Mengukir Ais merupakan idea yang sangat unik yang boleh menjadi salah satu aktiviti team building baru yang menyeronokkan. Apabila staf kami mendapat idea aktiviti mengukir ais untuk artikel terbaru kami, beberapa staf kami tertanya-tanya jika imiginasi kami sudah hilang daripada kawalan. Namun begitu jika difikirkan ini mungkin aktiviti team building yang membawa kelainan dan keseronokkan yang lain daripada yang lain. Peserta juga boleh mengukir logo syarikat, atau apa apa elemen branding yang bersesuaian.
Idea aktiviti menarik patut dicuba, sesuai untuk aktivti team building untuk pelbagai objektif.
6. Bas Pasukan Unit Amal

Bas Pasukan Unit Amal adalah aktiviti sosial impak tinggi yang menggalakkan pasukan tuan untuk bekerja dalam kumpulan untuk objektif yang murni dalam masa yang sama menyumbang kepada komuniti setempat. Pertama sekali pilih obejktif yang bersesuaian dengan organisasi tuan. Jom setai kerja amal, dan bawa pasukan anda bersama naik bas! Jika tuan mahu berkongsi tentatif dengan pasukan secara spesifik juga bagus…tetapi kebanyakkan peserta sebenarnya lebih suka jika membiarkan sedikit kejutan sepanjang perjalanan- membiarkan pasukan tuan dalam keadaan tertanya-tanya tentang kemana hala tuju bas tersebut, dana apa yang tuan rancangkan. Bas Pasukan Unit Amal adalah cara terbaik untuk pasukan tuan berkerjasama, memberi sumbangan paa komuniti bersama, dan bergaul dan membuat networking dengan komuniti setempat.
7. Rancangan Permainan Menjawab Kuiz

Rancangan Permainan Menjawab Kuiz merupakan satu konsep rancangan permainan yang menyeronokkan, memastikan keseluruhan tetamu dan peserta tidak meninggalkan kerusi masing basing kerana kebosanan. Rancangan permainan yang bertenaga ini dilengkapi dengan pengacara pilihan tuan sendiri boleh dijadikan sebagai majlis khusus ataupun semasa peserta sedang menikmati makan beradap. Kumpulkan kesemua staf, rakan sekerja, dan buat pasukan tuan sendiri, dan cuba meneka enam hingga sepuluh jawapan yang dipaparkan di layar skrin. Tuan boleh menyesuaikan soalan-soalan yang diberikan untuk menyerlahkan budaya syarikat brand, tema majlis dan lain-lain lagi. Permainan dimainkan dalam beberapa pusingan untuk memberi meluang sebanyak mungkin kepada tetamu untuk mencuba.
Pasukan manakah yang akan memenangi pusingan final?
8. Encik Robot

Encik Robot adalah permainan team building yang menarik dan membawa keseronokan mengunakan teknologi! Misi utama acara ini adalah untuk pasukan membina robot yang berfungsi, berteknologi tinggi, dan boleh dikawal mengunaka aplikasi iphone! Pasukan pemenang mesti bergantung pada kemahiran komunikas, kolaberasi, dan skil kepimpinan untuk memenangi pertandingan. Ini adalah cara terbaik untuk mengambil kesempatan atas pembagunan teknologi yang pesat. Cara terbaru ini lebih segar dan dapat melibatkan diri secara lansung untuk menambah baik skill dalam masa yang sama melakukan akitiviti yang membawa keseronokkan.
9. Permainan Indoor Management Game

Permainan Indoor Management Game seperti 30 contoh ice breaking indoor ini, antaranya yang popular adalah permainan Jika Maka, Siapa Dia, Menyebut Objek, Mencari Jodoh dan Mengingat Nombor. Para peserta bukan sahaja perlu bertindak pantas tetapi dalam masa yang sama juga perlu berfikir dengan pantas dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Fasilator akan membantu dan memeriahkan suasa dengan menjadi juru acara sepanjang permainan berlansung, menghidupkan suasana dengan lawak dan musik. Permainan ini membawa keseronokan dan pertandingan bersifat persahabatan kepada satu tahap yang baru!
Adakah tuan bersedia menyahut cabaran Permainan Indoor Management Game?
Sedang Merancang Untuk Menambahbaik Prestasi Kerja Tuan dan Kakitangan Tuan?
Sekiranya tuan mahu jadikan tahun ini merupakan tahun paling cemerlang, kami berbesar hati untuk rurut membantu. Lepaskan pekerja tuan daripada rutin harian dan ajak mereka bekerjasama melalui cara yang menyeronokkan untuk menambahbaik prestarsi kerja. Hubungi kami hari ini untuk pelihat pakej team building outdoor yang kami tawarkan.