Raikan Kejayaan Anda | Aktiviti Team Building Untuk Percutian Yang Menyeronokkan

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Setiap kali kita memasuki fasa minggu-minggu terakhir setiap tahun, sudah hampir masaya untuk kita merehatkan diri seketika sambil mengimbau kembali kejayaan-kejayaan syarikat yang telah berjaya dicapai bagi sepanjang tahun tersebut – dalam meraikan kejayaan pasukan tuan.Tidak kira sama ada kejayaan tersebuat sama ada kejayaan kecil ataupun besar, tuan tetap berhak menerima pujian dan pengiktirafan atas sumbangan yang tuan telah laburkan. Cuti hari minggu pada penghujung tahun adalah masa yang terbaik bagi mengiktiraf segala usaha yang tuan telah sumbangankan DAN memulihkan semula semangat kerja tuan dengan memperkenalkan idea acara percutian yang menyeronokkan. Di bawah ini terdapat beberapa contoh aktiviti percutian team building yang menarik dan bagaimana tuan dapat merancangnya bagi meraikan kejayaan setiap individu di dalam pasukan tuan!

Mengapa Budaya Meraikan Kejayaan Sangat Penting

1. Menaikkan Moral Dan Semangat Ahli Pasukan

Kadang-kala tuan mungkin mendapati bahawa persekitaran pejabat tuan memerlukan dorongan tambahan bagi memulihkan kembali semangat motivasi setiap ahli pasukan yang sedang melemah. Amalan meraikan kejayaan individu pada penghujung tahun merupakan antara langkah yang terbaik. Acara seperti ini memberikan peluang kepada semua ahli pasukan untuk berkumpul beramai-ramai dalam memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada setiap hasil usaha mereka dan kejayaan kolaborasi yang mereka telah wujudkan sebagai sebahagian daripada program hari percutian syarikat tuan. Cabaran dan kesibukan harian di tempat kerja tuan mungkin menjadi salah satu faktor penghalang bagi setiap individu untuk meluangkan sebahagian masa mereka bagi menghargai komitmen dan sumbangan yang telah diberikan rakan sekerja mereka dalam mencapai matlamat bersama. Sekiranya tuan meluangkan sedikit masa untuk meraikan kejayaan peribadi sendiri, tuan sebenarnya sedang menaikkan keyakinan diri ahli pasukan tuan sendiri.

2. Bersama-Sama Dalam Membantu Bagi Mencapai Matlamat

Bagaimana sekiranya tuan memperkenalkan pula insentif baru seperti program aktiviti percutian yang menyeronokkan? Kaedah insentif sebegini adalah cara yang terbaik bagi memastikan pasukan tuan sedang berada di dalam roadmap yang berul. Andai kata tuan tahu bahawa terdapat sebuah acara tahunan yang bakal dianjurkan pada setiap penghujung tahun bagi meraikan kejayaan tuan, maka tuan akan mempunyai sebab yang lebih kuat untuk bekerja dengan lebih keras bagi mengekalkan kekal daya saing sebelum sampainya yang dinanti-nantikan tersebut! Ianya juga dapat membantu tuan untuk merancang lebih awal agar tuan mempunyai masa yang secukupnya bagi mejayakan hari acara tersebut dengan lebih tersusun dan gilang-gemilang.

3. Mengelakkan “Employee Burnout”

 “Employee burnout” berlaku apabila pekerja bertukar lesu dan penat dan tidak lagi bersemangat kerana faktor beban tugasan kerja yang terlampau banyak. Employee burnout adalah isu yang perlu diambil serius yang sekiranya tidak, ianya dapat memberi kesan yang negatif kepada syarikat dan pekerja tuan sendiri. Memperkenalkan Idea acara percutian adalah kaedah yang terbaik bagi mengurangkan employee burnout. Acara yang seperti ini dapat digabungkan sekali bersama aktiviti seperti team building dalam memulihkan kembali semangat individu, mengurangkan beban tekanan yang dirasai dan pada masa yang sama dapat melibatkan diri dalam keseronokkan baru! Pastikan semua orang diberi peluang untuk turut serta agar mereka dapat merasakan bahawa mereka juga merupakan sebahagian daripada organisasi tuan adalah kaedah yang paling berkesan bagi mengurangkan tekanan perasaan yang sedang dipukul. Tambahan pula, merancang aktiviti yang menyeronokkan yang mampu membuat semua orang ternanti-nanti dapat menjadi pendorong tambahan kepada semangat setiap ahli pasukan!

4. Menyatukan Seluruh Ahli Kumpulan Untuk Berkumpul Bersama

Perayaan tahunan pada penghujung tahun merupakan masa yang terbaik bagi menyatukan semua orang dalam pejabat untuk berkumpul secara beramai-ramai. Sangat jarang sebenarnya untuk melihat semua orang dapat berkumpul beramai-ramai apatah lagi pada waktu yang sama. Selain daripada perjumpaan harian biasa seperti perjumpaan mesyuarat bahagian, mesyuarat jabatan kerja, atau makan tengah hari bersama rakan sekerja, acara khusus bagi meraikan usaha dan kerja keras setiap ahli pasukan tuan mampu menarik kehadiran dan pelibatan diri 100%!

5. Menawarkan Pelbagai Keseronokan

…keseronokan itu BAGUS! Perasaan seronok di tempat kerja adalah antara elemen yang penting dalam pembentukan budaya syarikat. Dengan menggabungkan elemen keseronokan dan kegembiraan ke dalam suasana persekitaran kerja harian tuan, persekitaran yang lebih segar seperti ini sebenarnya dapat mendatangkan banyak manfaat. Pendekatan seperti ini bukan sahaja salah satu kaedah yang terbaik bagi meruntuhkan tembok hubungan profesional di kalangan rakan sekerja di sampaing membina hubungan jangka masa panjang yang lebih tulin, malah ianya merupakan peluang terbaik untuk meregangkan diri akbiat keleguhan duduk di atas kerusi pejabat sepanjang hari. Bangunlah daripada kerusi tuan dan pulihkan semula semangat yang telah hilang dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkan keseronokan!

Bagaimana Caranya Untuk Tuan Meraikan Kejayaan

1. Sesuaikannya Mengikut Persekitaran

Berikan penekanan kepada usaha mewujudkan persekitaran pejabat yang dinamik apabila tuan bercadang untuk menjayakan majlis meraikan pencapaian akhir tahun syarikat tuan. Agar dapat menjadikan masjlis tersebut lebih bermakna, ambil berat tentang faktor pemilihan dan matlamat besar pasukan. Salah satu cara bagi memastikan tuan sedang melakukan pemilihan yang tepat adalah dengan mengumpulkan semua ahli pasukan untuk turut seta dalam cabutan undi bagi menentukan jenis aktiviti keraian apakah yang paling sesuai untuk dipilih! Kaedah ini bukan sahaja dapat memberikan kepuasan kepada setiap ahli pasukan, malah ianya juga dapat menggalakkan penglibatan daripada semua pihak dengan harapan lebih ramai orang yang akan berminat untuk turut serta dalam majlis tersebut andai kata dari awal lagi mereka telah diberikan peranan secara langsung dalam menjayakan hari tersebut. Cuba ambil pendekatan yang sedikit berbeza pada tahun ini dengan mencuba salah satu daripada alternatif ini berbanding percutian syarikat yang tradisional.

Raikan kejayaan bersama pekerja anda dengan aktiviti menarik - Team Building Malaysia

Untuk Maklumat Tuan: Program acara percutian akan sampai pada kemuncaknya pada pertengahan akhir November, namun akan bersambung pula sehinggalah ke akhir bulan Disember.

2. Ucapan Penghargaan

Perayaan akhir tahun syarikat adalah masa yang TERBAIK bagi menzahirkan penghargaan tuan pada setiap orang. Meskipun matlamat yang paling utama tujuan acara sambutan tersebut diadakab adalah bagi mengiktiraf setiap kejayaan yang telah berjaya dicapai, namun cuba lihatnya pula dalam skop yang lebih besar. Majlis pengiktirafan bagi menghargai sumbangan individu dan ucapan terima kasih  yang ikhlas tuan atas kerja keras yang mereka telah sumbangkan dapat memberikan makna yang lebih besar pada hari acara sambutan tersebut. Malah, pada hakikatnya, setiap kejayaan itu tidak mungkin dicapai tanpa sokongan dan penglibatan langsung daripada setiap ahli pasukan. Sebenanya terdapat pelbagai cara yang tuan boleh ambil bagi mempamerkan penghargaan tuan, diantaranya seperti: menulis sepotong ucapan ringkas di atas sekeping nota atau mewawarkan  nama mereka di depan khalayak ramai semasa hari kejadian majlis sambutan tersebut. Walau apapun kaedah yang tuan gunakan, ianya sudah tentu dapat memberi kesan kepada semua pihak andai kata setiap daripada mereka dapat merasakan bahawa setiap usaha yang mereka telah sumbangkan dihargai dan juga penting!

3. Sumbangan Kepada Komuniti Masyarakat Setempat 

Antara cara terbaik bagi meraikan kejayaan organisasi tuan adalah dengan menyumbang semula kepada komuniti masyarakat setempat. Khususnya apabila kita sudah sampai ke penghujung tahun, terdapat banyak institusi atau badan amal kebajikan yang benar-benar mengharapkan sumbangan orang ramai seperti bahan keperluan asas harian. Aktiviti seperti Program Amal Kebajikan antara contoh terbaik aktiviti team building bagi meraikan kejayaan tahunan tuan juga pada masa yang sama dapat membawa kebaikan kepada orang lain. Aktiviti yang unik dan berbeza seperti ini bukan sahaja dapat menyatukan semua orang di dalami pasukan tuan, malah usaha murni tuan ini juga dapat dimanfaatkan lebih ramai orang khususnya oleh komuniti masyarakat setempat!

4. Aktiviti Kulinari Team Building

Pengalaman memasak beramai-ramai di dapur merupakan hadiah yang menarik untuk semua orang yang telah berjaya membuktikan prestasi mereka! Kelas memasak atau acara bertemakan makan malam berkumpulan merupakan kaedah yang terbaik bagi mengumpulkan pasukan tuan beramai-ramai dengan melibatkan diri di dalam aktiviti yang membawa keseronokkan. Apakah kaedah ucapan terima kasih yang lebih baik selain daripada jemputan makan malam bersama sambil menikmati makanan yang lazat bagi meraikan kecermelangan mereka pada tahun ini! Aktiviti memasak beramai-ramai yang disertai bersama semua rakan sekerja tuan merupakan salah satu aktiviti percutian team building yang sangat berbaloi untuk dipertimbangkan.

5. Hiburkan Suasana Pada Hari Tersebut

Sekiranya tuan sudah merancang untuk merayakan kejayaan TAHUNAN organisasi tuan, maka pastikan acara yang dirancang tersebut diadakan dalam suasana penuh kemeriahan. Sama ada tuan meminati aktiviti seperti pertandingan menyanyi di atas pentas ataupun permainan teka-teki mudah seperti kuiz, aktiviti yang dipilih tersebut perlulah bukan sahaja bersesuaian malah pada masa yang sama turut diminati oleh kesemua ahli pasukan tuan!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA