Pasukan Di Sebalik Pasukan | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Aplikasi Team building dalam pelbagai bidang, termasuklah dalam sukan bola sepak.

Mengikuti perkembangan pasukan kegemaran saya adalah hobi nombor satu saya! Adalah menakjubkan untuk melihat bagaimana tegangnya perlawanan diantara pasukan sukan: bagaimana mereka komunikasi, bekerjasama dan memahami antara satu sama lain. Sebgai seorang peminat, sudah tentu kami ambil berat tentang kemenangan! Walaubagaimanapun, sudah tentu kami tidak dapat membayangkan usaha yang dilakukan sebelum perlawanan tersebut. Saya menyedari hakikat bahawa untuk membentuk sebuah pasukan yang digeruni, ianya memerlukan kerja keras, kerja berpasukan. Supaya pemain saling bekerjasama antara satu sama lain, komited, dan memperoleh kemenangan, mereka haruslah dahulu membina teras fundamental melalui aktiviti team building.

Samada sukan besbol, bola keranjangm, ataupun bola sepak, aktiviti team building diwujudkan untuk membantu menguatkan dinamik dan stamina pasukan. Bahkan pasukan ternama juga seperti Manchester United, Real Madrid atau Barcalona, memerlukan teras team building yang kukuh. Sebelum bekerja bersama Lagoona Resort Cherating saya fikirkan team building hanya sesuai untuk syarikat dalam pejabat syarikat!

Mempunyai pasukan yang hebat bermula dengan komunikasi.

Setiap pasukan dapat membangunkan perpaduan yang sukses dengan menyematkaaan matlamat-metlamat ini dalam fikiran:

1)    Kenal pasti matlamat atau tujuan yang dikongsi bersama

2)    Membina kepercayaan dan budaya komunikasi terbuka

3)    Motivasi dan dorongan kejayaan

4)    Belajar daripada kesilapan, dan raikan kejayaan

5)    Latihan menjadikan pasukan lebih kuat

Walaupun pasukan itu mempunyai jurulatih yang paling hebat, pemain yang terhebat, stadium yang canggih, ianya tidak dapat menandingi kehebatan sekiranya pasukan tersebut bersatu padu. Saya tidak pernah terlintas bahawa pasukan yang sudah ternama pun melibatkan diri dalam aktiviti team building, tetapi mereka juga sama! Pasukan yang berprestasi tinggi di atas adalah disokong oleh pasukan di luar padang yang memerlukan latihan dan amalan dalam komunikasi, kepercayaam dan perpaduan.

Menjadi sebahagian daripada ahli pasukan pemasaran di Lagoona Resort Cherating, saya sangat kagum apabila melihat banyaknya gambar program kami bersama pasukan sukan, staff pasukan sukan, dan ahli keluarga mereka yang hebat. Pelanggan seperti Persatuan Bola Sepak Pahang, Pasukan Hoki Kuantan, Pasukan Silat Pahang dan banyak lagi selepas memerhatikan mereka membuatkan saya tersedar bahawa bertapa besar impak team building di Lagoona Resort Cherating telah lakukan kepada pasukan popular ini. Akhirnya, mereka mengubungi kami untuk mendapatkan sokongan dan menaikkan dinamik dan prestasi pasukan.

Memberi inspirasi pada pasukan untuk membina kekuatan mereka.

Matlamat kami adalah untuk menjadi sebuah syarikat yang sentiasa mendorong kolaborasi dan kepercayaan melalui aktiviti team building. Portfolio pengalaman kami memberi peluang kepada kami untuk mempersembahkan pengalaman aktiviti yang menyeronokkan suapaya dapat dijadikan kenangan yang indah untuk dibawa pulang.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA