“Gosip adalah fakta yang tertunda”
Khabar angin adalah mengenai perkara apa sahaja selain daripada kebaikan. Mereka boleh menjadi sangat polarisasi dan mewujudkan persekitaran yang buruk untuk bekerja. Jika terdapat khabar angin tersebar mengenai satu atau lebih rakan pasukan tuan, lakukan perkara betul dan abaikan mereka.

Ia boleh menjadi agak mencabar untuk mengelakkan diri daripada khabar angin. Masyarakat kita seakan-akan sudah sebati dengannya, perhatikan sahaja barisan majalah tabloid yang tersusun dalam kedai runcit.
Walaubagaimanapun saya amat kecewa oleh sikap orang yang mudah terpedaya dengan khabar angin dan gemar bergosip mengenai rakan sekerja mereka, gosip bisnes atau apa sahaja akan membantutkan produktiviti bagi membangunkan pasukan juara. Khabar angin ini seakan seperti permainan talefon. Apabila sesuatu mesej telah disampaikan dari satu pihak kepada pihak yang seterusnya, kemungkinan ketepatan maklumat mungkin berbeza daripada maklumat asal atau tidak benar sama sekali.
Tangani gossip dengan tambahbaik komunikasi. Sentiasa pastikan setiap isu dapat ditangani dengan segera meskipun rasa sukar dan kurang selesa. Sikap membela kebenaran dapat memastikan semua orang bersatu melalui muafakat yang sama supaya gosip yang negatif tidak tersebar dengan mudah.
Mewujudkan persekitaran kerja yang bebas dari unsur gosip dan khabar angin adalah peluang terbaik untuk tuan menapis toksik dari kumpulan tuan dan mewujudkan persekitaran bagi pasukan juara. Acara team building kami dapat membantu pasukan kerja tuan untuk menambahbaik kemahiran kolaborasi dan medorong mereka ke arah kejayaan yang lebih besar. Mungkin acara seperti kerja amal dapat membantu mereka untuk melihat dari pandangan kaca mata yang lebih luas dan mula memfokuskan pada idea berbanding individu itu sendiri.

Dapatkan tips untuk menangani gosip dan khabar angin di tempat kerja melalui aktiviti team building.