Sehari sebelum website kami LagoonaCherating.com di buka sepenuhnya saya sedang berada dalam talian bersama rakan stratergik kami, Naim Atv Motorsport yang telah memberi maklum balas seperti berikut kepada kami,
“Saya sangat suka website tuan, warnanya, rekaannya, dan pengalaman keseluruhannya dan ini merupakan website team building terbaik di Malaysia yang saya pernah lihat”
Pada hari panggilan telefon itu dibuat, saya amat merasa bangga atas usaha kami yang telah melaburkan banyak masa dalam membangunkan dan mengekalkan website ini, namun, rekaan website terbaru ini telah naik dengan mendadak pada keesokan harinya membuatkan saya sedikit teruja dan mula menanyakan soalan pada diri saya sendiri. Apakah rekaan terbaru ini penting? Adakah website terbaru ini lebih menghiburkan dan lebih interaksi berbanding website yang lama? Adakah orang ramai makin menyukainya dan yang paling penting adakah ianya lebih berkesan? Adakah sistem website terbaru ini merumitkan usaha pasukan yang bertanggungjawab untuk menguruskan dan mengendalikannya?
Matlamat Kami

Matlamatnya bagi reka bentuk website ini sebenarnya jauh berbeza daripada matlamat awal yang kami telah tetapkan sebelumnya dan kami sangat berbangga dengan pencapaian semua ahli dalam membangunkan website ini yang kami istilahkan sebagai sebuah pasukan paling mampan yang terdiri daripada latar belakang dan kemahiran individu yang berbeza yang telah menyumbangkan kepada pelbagai aspek website ini. Sasaran kami adalah bukan sahaja untuk mengumpul lebih ramai peminat ke dalam website dan memujuk mereka untuk melakukan panggilan tanpa ragu-ragu, tetapi dalam masa yang sama juga menaikkan aspek mesra pengguna, pengalaman bersamanya, dan reka bentuk UX/UI. Saya mahu memastikan pelawat baru, bakal pelanggan dan pelanggan yang ingin melakukan tempahan ulangan mendapat pengalaman yang terbaik dan mendapat bayangan suasana budaya syarikat team building kami. Kami juga menawarkan pelanggan kami pelbagai tips dan maklumat berkaitan team building secara percuma dan amat berbesar hati setiap kali pelanggan kami memberikan maklum balas mereka supaya kami dapat menambah baik mutu servis kami.
Strategi
Langkah pertama adalah menghubungi winwindtrading.com, sebuah syarikat pembangunan pemasaran digital yang juga diusahakan oleh rakan baik saya Tuan Mohd Syakir dan Tuan Ahmad Shihabudin yang merupakan pengarah dan juga barisan pengurusan bagi syarikat tersebut. Syarikat winwindtrading sdn bhd adalah antara syarikat pembangunan pemasaran digital tempatan yang pertama yang memanfaatkan penggunaan tekonologi virtual reality (realiti secara maya), yang merupakan teknologi canggih paling terkini yang menggabungkan pengalaman di dunia sebenar secara virtual yang membolehkan pelanggan kami membayangkan suasana sebenar kem team building melalui aktiviti seperti sukan pemotoran ATV, flying fox, obstacle course, permainan aktiviti tali tinggi seperti abseiling dll di Lagoona Resort Cherating sebelum pelanggan kami merasi pengalaman yang sebenar di resort kami. Pasukan analisis dan reka cipta mereka juga sentiasa menilai dan mengkaji dari masa ke semasa keseluruhan peta website kami bagi mengenalpasti laman manakah yang mengumbang trafik yang tinggi supaya kami dapat memfokuskan topik apa yang penting bagi pembaca kami.
Saya juga secara kebetulan tersempak bersama rakan baik saya Tuan Azrul yang merupakan penulis asal bagi artikel lagoonacherating.com beberapa tahun yang lalu, sebagaimana beliau sudi meluangkan masa beliau kepada kami bagi mentrasformasikan seni reka bentuk website kami supaya maklumat yang kami sampaikan jelas, membangkitkan rasa seronok, dan pada masa yang sama menawarkan bacaan yang bermanfaat. Pada masa yang sama juga Puan Suzielah, penulis SEO kami telah banyak menyokong pasukan kami supaya pelanggan kami mudah untuk menemui website kami. Pereka grafik kami, Tuan Faez Mohammad, telah banyak membantu bagi menambahbaik elemen reka bentuk termasuklah logo kami dan tagline kami. Tuan Ahmad Syihabuddin pula, yang merupakan kontraktor yang membangunkan website kami, juga merupakan Ketua Pemasaran Lagoona Resort Cherating, telah bekerja keras dalam membangunkan reka bentuk dan fungsi pada website. Kumpulan yang terdiri dari pelbagai kepakaran ini adalah contoh pasukan gerak kerja secara maya (virtual) yang bekerja dari jauh antaranya daripada Pahang, Johor, Selangor dan Terengganu.
Hasilnya
Tuan Afiq Tariq, yang merupakan ahli stratergi dan Pengarah Pemasaran kami bersama Ketua Pemasaran kami, Tuan Ahmad Shihabudin telah melaburkan masa beratus-ratus jam dalam mencipta konten baru, mengedit blog, dan menguji prestasi website. Tuan Sufian dan Puan Siti pula, kedua-keduanya merupakan sebahagian daripada ahli pasukan videographer kami, telah banyak membantu dengan mengumpulkan lebih 100 testimoni daripada pelanggan kami yang berpuas hati. Kami telah menambah baik di halaman utama kami beberapa video dan maklumat pakej dalam bentuk pdf bagi memudahkan pelanggan kami untuk membayangkan persekitaran dan suasana aktiviti team building yang dijalankan di tempat kami. Website terbaru ini sedang mendaki rangking di carian google dan antara website yang mendapat sambutan paling baik, namun sepeti juga pasukan pengurusan bisnes kami di jabatan yang lain, pasukan pemasaran kami mempunyai semangat berjuang yang tinggi dan yakin melalui website yang penuh dengan bahan konten dan panduan team building yang digemari ramai, kami mampu melakukannya dengan lebih baik. Saya berharap tuan juga menyambut baik tip-tip, pembacaan, dan panduan yang kami berikan dan kami berjanji ini hanyalah permulaan peringkat fasa satu sahaja. Nantikan lebih banyak maklumat dan pakej terbaru berkaitan team building kami pada masa-masa akan datang.