Nama tajuk lagu ini sudah cukup jelas untuk memberikan gambaran kasar mengenai mesej yang ingin cuba disampaikan! Mesej lagu ini adalah berkisar tentang kekuatan hubungan memlalui semangat nilai persahabatan dan kerjasama berpasukan.
Sebuah Lagu Yang Berkisar Tentang Kerjasama Berpasukan
“Team” daripada Lorde

Lorde hanyalah seorang gadis remaja yang berumur 18 tahun semasa beliau memenangi anugerah Grammy bagi katergori musik. Beliau berasal daripada New Zealand, dan telah menulis sebuah lagu yang berjudul “Team” ketika beliau sedang jelajah mengelilingi dunia. Lagu ini sebenarnya “ditujukan kepada sahabat-sahabat” beliau. Lirik lagu ini mengimbau kembali pengalaman dan perasaan kasih sayang beliau semasa zaman beliau menghabiskan sebahagian besar umur beliau berdampingan bersama kumpulan sahabat seusia beliau. Sahabat beliau itulah sebenarnya “pasukan” beliau yang sejati. Lagu ini bekisarkan tentang kerjasama berpasukan dalam kalangan sekumpulan sahabat dan teman rapat.
Kebiasaanya perkataan “pasukan” sering kali dikaitkan dengan ahli sukan. Namun begitu, maksud sebenar menjadi sebahagian daripada pasukan sebenarnya tidak terhad hanya kepada industri sukan atau di dalam persekitaran organisasi sahaja – ambil contoh daripada Lorde, “pasukan” tuan juga boleh terdiri daripada sekumpulan sahabat handai atau ahli keluarga yang saling bekerjasama menyokong dan melindungi di antara satu sama lain.
“…kini tuan sudah jelas, kita semua adalah sebahagian daripada pasukan yang pelbagai”
Semak senarai penuh #MusikPilihan>