Kepentingan Menetapkan Budaya Syarikat Yang Jelas | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Budaya syarikat adalah salah satu aspek penting setiap organisasi berjaya perlu miliki. Budaya ini dapat mempengaruhi dan dipengaruhi oleh banyak faktor termasuklah kaedah komunikasi dalaman syarikat, bagaimana tuan memberi dorongan dan pujian kepada pekerja dan standard yang tuan tetapkan pada mereka juga.

Budaya syariakt yang jelas membawa kepada perlaksaan produktviti yang tinggi - Team Building Malaysia

Apakah yang menjadikan budaya syarikat itu bagus?

Menurut John Coleman daripada Harvard Business Review, terdapat enam komponen yang menjadikan sesuatu budaya syarikat itu hebat:

 (1) Visi:

Visi adalah gambaran besar tentang kenyataan misi tuan. Apakah yang tuan mahu capai melalui produk atau servis tuan? Bagaimana produk dan servis ini dapat memmbantu bakal pelanggan?

 (2) Nilai:

Nilai terhasil daripada visi tuan. Ianya merupakan sebahagian daripada sistem kepercayaan tuan dan akhirnya akan membentuk budaya syarikat tuan.

 (3) Amalan:

Amalan merujuk kepada operasi harian dan bagaimana organisasi tuan berfungsi. Ini merangkumi apa sahaja daripada bagaimana tuan melayan pekerja tuan hinggalah bagaimana tuan menangani masalah dengan pelanggan.

 (4) Individu:

Apakah katar belakang dan personaliti individu yang tuan lantik samada dapat membina atau meruntuhkan syarikat tuan. Pekerja tuan adalah pasukan barisan hadapan yang sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan. Individu yang tuan pilih untuk bekerja untuk tuan haruslah menjadi duta kepada nilai yang telah dicatat dalam penyata misi.

 (5) Naratif:

Catatan naratif adalah sebuah cerita yang tuan cuba sampaikan pada bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada. Ianya merupakan “selling point” tuan. Maklumat cerita ini mestilah selari dengan penyata misi.

 (6) Dimana:

Apakah matlamat paling tinggi syarikat tuan mahu capai? Bagaiman tuan akan menjadi lebih menonjol daripada organisasi lain yang hampir serupa dengan tuan?

Apakah rupa persekitaran budaya kerja tuan?

Take Your Test Here Ambil Ujian Tuan Disini

Apakah yang dimaksudkan dengan menjadi lebih authentik? Bagaimanakah organisasi tuan menemui garis seimbang diantara menjadi authentk dengan perfek? Maksud menjadi authentik didefinasikan sebagai menjadi lebih tulin disusuli dengan matlamat yang lebih jelas. Matlamat ini diterjemahkan melelalui penyataan misi syarikat dan dizahirkan pula melalui tindakan individu, dan akhirnya naratif tuan sendiri. Tambahan pula, garis seimbang antara menjadi authentik dan perfek bergantung pada berpegang teguh pada nilai dan kepercayaan tuan tanpa bertolak ansur mengenai perkara-perkara yang dapat mencacatkannya.

Modul yang kami amalkan di Lagoona Resort Cherating diinspirasikan daripada budaya Facebook:

 “Kami mendorong orang supaya menjadi lebih berani. Budaya kami yang bersifat terbuka memastikan setiap individu dimaklumkan dan mendorong manusia untuk mencari jalan dan menyelesaikan masalah yang mereka paling diambil berat. Kami bekerja dalam pasukan yang kecil dan berkembang dengan pantas untuk membangunkan produk baru, sentiasa berada kedepan, dan sentiada menambahbaik. Frasa ‘perjalanan ini baru 1% selesai’ digantungkan pada dinding, mengingatkan kami bahawa kami hanya baru bermula untuk memenuhi misi kami dan menjadikan dunia lebih terbuka dan berhubung”

Didalam penyata misi Facebook tuan menyedari kesemua enam komponen Coleman yang dinyatakan adalah penting dalam membina budaya koporat yang hebat . Misi mereka jelas tercatat bahawa mereka mahu mendorong dunia menjadi lebih terbuka dan berhubung. Bagaimana mereka dapat lakukan ini? Dengan melibatkan pekerja mereka melalui projek yang penting untuk mereka. Pekerja pula menjadi lebih motivasi dengan frasa yang tergantung pada dinding mereka, “perjalanan ini baru 1% selesai”, bermaksud terdapat banyak lagi ruang untuk dikembangkan dan inovasi untuk idea-idea baru.

Dapatkan lebih banyak tips tentang bagaimana untuk mendefinasikan semula budaya syarikat tuan disini.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA