“Kumpul bersama adalah permulaan. Kekal bersama adalah kemajuan. Kerja bersama adalah kejayaan.”- Henry Ford
Petikan motivasi team building minggu ini datangnya daripada seorang tokoh yang telah berjaya merevolusikan industri Amerika Syarikat dan telah meletakkan faundasi bagi kebanyakkan amalan operasi kerja pada hari ini: Henry Ford. Gaya pemikiran Inovasi Tuan Ford telah membuka jalan pada pengeluaran dan penggunaan secara besar besaran dimana pekerja boleh membeli barangan yang mereka sendiri hasilkan, yang menjadi pencentus kepada perkembangan idea American Dream.
Tuan Ford semasa hayatnya telah berjaya mencapai banyak kejayaan dengan menambahbaik kaedah industri yang tradisional dan mencipta laluan pemasangan, yang membolehkan individu untuk menyumbang kemahiran peribadi mereka kepada matlamat syarikat yang lebih besar. Dengan semua orang bersaing untuk menyiapkan tugasan yang diberikan yang pada masa yang sama memerlukan mereka untuk bekerjasama dalam sau kumpulan, hasil pengeluaran telah berjaya naik sebanyak lapan kali ganda.
Ford percaya bahawa kerjasama daripada semua orang lebih baik berbanding kerja yang dibuat oleh satu individu sahaja.
Sama seperti proses yang diguna pakai Tuan Ford bersama syarikat beliau, proses Team Building telah menjadi satu model untuk mencapai kejayaan dan membina hubungan korporat yang tulin di antara ahli pasukan. Kami akan membantu tuan dalam memilih program yang sesuai untuk pasukan tuan dan melibatkan diri dalam salah satu acara program team building korporat kami. Kami akan membantu pasukan tuan bermula dengan mengumpulkan setiap kekuatan individu sementara pasukan tuan bekerjasama untuk menghasilkan lebih banyak kejayaan dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Satu individu sahaja tidak mampu untuk mengemudi syarikat sehingga bejaya. Bukankah lebih baik untuk kita mengumpulkan setiap idea dan kemahiran individu dalam menghasilkan produk yang paling baik? Sama ada produk tuan bersifat fizikal ataupun tidak, bisnes yang menguntungkan dibangunkan melalui ahli pasukan yang bersatu padu.
Barisan pemasangan Tuan Henry Ford memberi peluang kepada pekerja dengan tanggungjawab secara langsung dalam pengendalian tugasan spesifik; yang kemudiannya akan diagihkan kepada tahap-tahap kepenggunaan yang berbeza. Walaubagaimanapun, semangat kerjasama dalam syarikat untuk mencipta kejayaan bersama akan membuka kepada banyak lagi pintu kejayaan yang tidak terhingga. Hanya tuan sendiri yang mampu menghasilkan kejayaan diri sendiri yang luar biasa dan potensi hebat datangnya daripada semangat saling mencabar antara satu sama lain dan proses membina pasukan yang mampan.
Apakah cara yang tuan gunakan untuk memanfaatkan kemahiran individu lain ke dalam tugasan kerja tuan?
Kami amat berbesar hati untuk mendengar cerita tuan tentang bagaimana tuan kerja dalam pasukan! Semak semula petikan motivasi team building terpilih setiap minggu dan maklumkan pada kami petikan kata semangat yang manakah berjaya memotivasikan tuan!