Kejayaan Individu Terhasil Daripada Kejayaan Pasukan | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

“Bakat dapat membantu anda memenangi perlawanan, namun kerjasama berpasukan dan kepandaian yang dimiliki yang akan memenangi kejuaraan.” – Michael Jordan

Pasukan bola keranjang paling hebat pernah beraksi memahami satu perkaran penting tentang kerjasama berpasukan. Walaupun statistik peribadi Jordan telah membuktikan bahawa beliau adalah pemain terbaik sepanjang zaman, beliau tidak mungkin mampu mencapai kejayaan yang beliau miliki pada hari ini tanpa bantuan rakan-rakan sepasukan beliau.

Michael Jordan bukan sahaja merupakan pemain bola keranjang terbaik sepanjang zaman, tetapi sebahagian besar orang juga berpendapat bahawa beliau adalah atlet terbaik yang masih hidup. Dedikasi beliau dan kemahiran beliau telah menjadikan nama beliau disangjung dalam sejarah dunia sukan. Jenama Jordan masih lagi berkembang maju sehingga ke hari ini melalui kolaborasi beliau bersama jenama Nike dan pegangan saham beliau dalan pasukan bola keranjang Charlotte Bobcats. Namun begitu, Michael Jordan tidak mungkin dapat mencapai kejayaan yang beliau miliki pada hari ini sekiranya beliau berjuang secara keseorangan.

faktor kejayaan pasukan bukan dari individu tetapi kerja berpasukan

Jordan telah beraksi bersama rakan sepasukan yang hebat seperti Dennis Rodman, Horace Grant, Scottie Pippen dan 41 pemain yang lain sekurang-kurangnya untuk satu musim semasa tahun-tahun kemenangan beliau dalam kejuaraan NBA. Beliau juga telah dinamakan sebagai pemain NBA terbaik sebanyak lima kali disamping pengiktirafan lain yang membanggakan, memenangi dua pingat emas Olimpik dan menjadi sebahagian daripada pasukan bola keranjang kebangsaan bagi negara Amerika Syarikat semasa sukan Olimpik di Barcelona pada tahun 1992.

Seperti kebanyakkan pertandingan sukan yang lain, kerjasama berpasukan yang efektif amat diperlukan bagi membangunkan sebuah pasukan yang berjaya. Sukan bola keranjang dimainkan secara lima orang bagi setiap pasukan dan setiap pemain perlu bekerjasama sebagai sebuah pasukan bagi memastikan kemenangan. Sudah tentu bakat semulajadi yang dimiliki seseorang individu memainkan peranan yang penting dalam kejayaan keseluruhan pertandingan, namun (sama seperti yang diyakini Jordan) semangat bekerjasama merupakan faktor besar kejayaan sesebuah pasukan bagi memenangi kejuaraan.  

Bagaimana bekerja secara sebuah pasukan dapat mendorong kejayaan tuan secara individu? Apakah faktor-faktor kejayaan yang lain yang tuan dapat fikirkan selain daripada senarai di atas?

Maklumkan pada kami bagaimana pasukan tuan memanfaatkan bakat individu yang tuan miliki!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA