Kaizen | Satu Falsafah Jepun Anda Boleh Amalkan Bagi Menambah Baik Struktur Pasukan

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

 “Perbaharui jantung hati dan jadikannya baik”, Kaizen adalah satu falsafah Jepun yang juga boleh ditafsirkan sebagai, “ Penambahbaikan yang berterusan untuk kebaikan”

Kaizen adalah falsafah diamalkan oleh bahagian operasi syarikat pemotoran Toyota. Syarikat ini diiktiraf sebagai salah satu pengilang kereta dunia yang terbaik. Malah terdapat sebuah buku yang menulis tentang “Cara Toyota”

Kaizen: Pembaikan Berterusan

Jantung hati Kaizen adalah semangat kerja berpasukan, menjadikan falsafahnya idaman setiap ahli strategis Team building. Setiap pekerja digalakkan untuk berkongsi idea imereka untuk penambahbaikan dan perubahan kecil akan selalu diberi pertimbangan supaya dapat diimplimentasikan. Ahli pasukan di Toyota digalakkan untuk mencari butiran kecil yang boleh digunakan untuk penambahbaikan, dan untuk ditambah baik. Sistem memfailkan yang tidak teratur? Asingkan kertas, abjadkannya, kod warna, selesai.

kaizen -  team building

Bunyinya terlampau asas bukan? Mungkin tuan persoalkan solusi sebegini hanya sesuai untuk pelajar tahap sekolah rendah. Ya, malah kaedah yang logik yang mudah ini mampu untuk menyelesaikan banyak masalah andaikata pengurusan tidak menganggapnya sebagai perkara remeh atau rugi untuk meluangkan sedikit masa dalam perkara-perkara yang dianggap remeh ini. Contoh mudah-menyusun file.

Banyak syarikat menghadkan masa menyusun file daripada sebahagian dari proses kerja. Namun bergitu, SESIAPA SAHAJA yang berkerja dalam pejabat tahu bertapa cepatnya file bertimbun dan mudah untuk luput, menjadikannya usang dan tidak berguna lagi.

Ianya adalah tentang cabaran masa untuk meluangkan masa hanya beberapa jam daripada setahun untuk kerja-kerja pengasingan dan menghapuskan apa yang tidak diperlukan lagi. Beri masa pada pekerja setiap suku tahun untuk mengimbas kembali kertas kerja mereka, membersihkannya pejabat dan permulaan yang lebih segar amat penting untuk produktiviti pasukan yang optimum.

Pasukan tuan akan lebih rasa segar dan bersedia untuk menghadapi cabaran seterusnya.

Kaizen sangat bagus untuk banyak sebab:

  1. Ia akan memperkasakan staf dalam membuat keputusan
  2. Ia membersihkan barangan yang tidak dipakai daripada syarikat tuan
  3. Kos rendah, kesannya berimpak tinggi
  4. Lebihan simpanan boleh digunakan untuk acara team building seterusnya!

Terdapat banyak sebab mengapa Kaizen merupakan falsafah setiap syarikat patut pertimbangkan supaya dapat mengimplimentasikannya. Terdapat banyak kursus dan sijil untuk belajar falsafah tersebut dengan lebih mendalam. Terdapat juga beberapa buku yang menulis tentangnya. Mungkin yang ini  bagus untuk pasukan kelab buku tuan?!

Apakah pendapat tuan? Adakah tuan pernah dengar mengenai Kaizen?

Adakah tuan pernah melakukan apa apa perubahan kecil yang mempunyai impak kepada moral pasukan?

Kami berbesar hati untuk mendengar pendapat tuan, mohon tinggalkan komen tuan di bawah!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA