Hari Olimpik | Raikan Kejayaan Pasukan Anda ¬– Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Saya hanya mampu membayangkan satu suasana yang teramat istimewa seandainya tuan diberi perluang berdiri di atas podium dan menerima pingat emas mewakili negara tuan, khususnya pingat emas olimpik. Kebanggaan yang datang bersama pengiktirafan dan pencapaian teringgi dalam memburu matlamat tuan dan sudah tentu membuktikan keupayaan tuab menandingi persaing dalam pertandingan tersebut.

Apabila terbayang semula tentang cita-cita untuk membawa pulang pingat emas untuk negara, cuba bayangkan pula bagaimana kita dapat memanfaatkan inspirasi kejayaan merangkul pingat emas ke dalam pasukan kita. Untuk mendapatkan pembacaan lebih lanjut tentang cara-cara untuk menghargai dan mengiktiraf pasukan yang hebat semak Buku Bob Nelsons 1001 Way to Reward and Recognize.

Di sini terdapat beberapa tips dan panduan kegemaran kami bagi membina keupayaan dalam pasukan tuan:

https://www.teambonding.com/wp-content/uploads/2014/02/olympics-1004x10241-1004x1024.jpg

 “Tuan Berhak Menerima Pengiktirafan Atas Hasil Usaha Yang Tuan Sumbangkan” – Sentiasa beri perhatian kepada individu yang sedang melakukan kebaikan. Apabila tuan melihat sesorang sedang “melakukan kebaikan”, beri pujian atau penghargaan kepada mereka atas usaha dan initiatif yang mereka ambil. Maklumkan pada mereka bahawa tuan menghargai setiap initiatif baik yang disumbangkan dan pastikan tuan sendiri mengucapkan kata-kata pujian tersebut pada mereka. Sebagai contoh, apabila tuan mendapati seorang daripada pekerja tuan meluangkan masa kerja tambahan, hantarkan sekalung bunga kepada pasangannya sebagai tanda ucapan terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan.

 “Tiada Sikap Yang Lebih Berat Sebelah Berbanding Layanan Sama Rata Diberikan Kepada Semua Pekerja Walhal Setiap Satu Daripadanya Menunjukkan Prestasi Yang Berbeza” – Tawarkan insentif baru hanya kepada individu yang paling berhak menerimanya, bukan semestinya kepada semua orang pada setiap masa, tetapi berdasarkan sistem merit yang sedia ada – bukan hanya semata-mata samada seseorang individu itu sudah menerima atau belum lagi menerima apa-apa penghargaan atau ganjaran sebelumnya.

 “Apa Yang Terbukti Mampu Mendorang Orang, Juga Terbukti Mampu Memotivasikan Orang” – Apakah yang mampu mendorong individu untuk mengambil initiatif peribadi yang berbeza. Lakukan beberapa kajian tentang kaedah yang berkesan dalam memberi penghargaan kepada seseorang individu. Sebagai permulaan galakkan individu tersebut kongsikan hobi atau minat mereka adalah kaedah yang terbaik. Sebagai contoh, mungkin salah seorang daripadanya mempunyai minat atau pengalaman sebagai pembancuh kopi. Hadiahkan beliau secawan teko kopi peribadi yang unik. Seorang individu yang lain pula mungkin mempunyai minat dalam aktiviti scrapbooking. Maka hadiahkan pula beliau sebuah pengepil kertas yang baru. Sama juga keadaannya ketika tuan mahu memberikan pengiktirafan. Ada sesetengah individu begitu seronok apabila menerima sijil,dan ada pula yang seronok apabila nama mereka disebut-sebut.

 “Anugerah Penghargaan Yang Terbaik Tidak Semestunya Berbentuk Kebendaan” – Ucapan penghargaan atau nota terima kasih yang ringkas sebenarnya amat berkesan dan sudah memadai– maklum balas tuan sebenarnya adalah bahan motivasi yang terbaik. Ucapan yang dilakukan secara ikhlas itulah yang paling bermakna; walaubagaimanapun, penghargaan tersebut perlulah diberikan pada masa yang betul, di tempat yang betul dan melalui kaedah yang betul kepada orang yang betul. Tanpa tekanan dan paksaan. Bolehkan?

“Setiap Orang Mahu Rasa Dihargai” – Setiap orang mahu merasakan bahawa apa yang mereka telah sumbangkan adalah penting dan dihargai. Ambil peluang ini bagi menghargai setiap pekerja tuan secara individu kerana kerja cemerlang yang disumbangkan dalam organisasi tuan.

 “Sikap Individu Sebahagian Besar Dipengaruhi Oleh Persekitaran Mereka”– Sekiranya tuan dapat mewujudkan persekitaran yang mendatangkan kesan yang positif terhadap sikap atau tingkah laku yang positif, tuan akan dapat mendorong lebih banyak sikap dan tingkah laku yang positif.

 “Semangat Berpasukan Adalah Tentang Apa Yang Tuan Lakukan Bersama Manusia, Bukan Kepada Manusia” – Libatkan semua orang dalam merancang tugasan pasukan. Kenal pasti apa yang menyebabkan orang merasa seronok menjadi sebahagian daripada pasukan tuan, apa yang mereka paling banggakan dan apa yang mereka suka lakukan. Kemudian beri peluang pada mereka untuk melibatkan diri dalam merancang, kerja-kerja operasi dan mengenal pasti perkara yang mereka paling minat tentang sesuatu projek atau organisasi.

 “Alah Bisa, Tegal Biasa” – Apa yang paling penting bukanlah apa yang tuan percaya atau ucapkan, tatapi apa yang tuan telah lakukan. Hargai dan iktiraf sumbangan setiap individu yang telah menambahbaik prestasi syarikat samada prestasi harian, mingguan, pencapaian suku tahun atau akhir tahun.

olimpik

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA