Haka | Sejarah 1000 Tahun Dalam Membina Hubungan – Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Tuan mungkin sudah membaca artikel kami yang lepas, Bina Kohesi Pasukan Melalui Tarian Haka. Tarian Team Building ini tidak sama seperti tarian senamrobik yang kita pernah lakukan.

Jadi apa itu haka?

Haka adalah sebuah tarian gerak tubuh badan yang menggabungkan gerak tubuh badan, pergerakan, suara, dan kekuatan kolektif secara berkumpulan. Ia adalah sebuah tarian tradisional dari kaum Maori, orang asal negara New Zealand. Haka telah menjadi lebih popular sebagai tarian yang diamalkan pasukan All Blacks, sebuah pasukan rugby New Zealand, yang juga merupakan pemenang semasa piala dunia ragbi dan salah satu pemenang terbanyak dan pasukan paling berjaya di dunia. Mereka mengamalkannya sebagai sebuah amalan ritual sebelum perlawanan permainan ragbi sebagai salah satu cara memperingati usal usul mereka dan berhubung dengan identiti mereka sendiri disamping menyerlahkan komitmen mereka bagi mengalahkan lawan mereka.

Persembahan tarian Haka oleh The All Blacks - Team Building Malaysia

Haka telah dipersembahkan pasukan All Blacks semenjak 100 tahun lamanya. Ianya telah diamalkan oleh kaum Maori selama lebih 1000 tahun. Terdapat ratusan bahkan ribuan gaya tarian haka yang berbeza. Ibarat seperti sebuah lagu, yang tersirat dengan penuh kisah pengajaran dan dapat membantu menghubungkan peserta kepada keluarga mereka atau identiti kaum mereka disamping menyerlahkan kepercayaan yang mereka pegang.  Tarian ini dapat dipersembahkan dalam semua keadaan; dan yang paling popular lebih dikenali sebagai sebuah tarian peperangan bagi menyatukan pejuang dan untuk melemahkan semangat musuh. Namun begitu, dalam masa yang sama juga, haka juga sering dipersembahkan dalam pelbagai konteks suasana persekitaran yang berbeza – sebagai upacara meraikan tetamu istimewa, meraikan peristiwa yang penting seperti sambutan hari jadi atau perkahwinan, ,sebagai upacara perpisahan orang yang dikasihi atau hanya semata-mata untuk melepaskan keseronokkan dan berhibur.

Apa juga matlamatnya, ianya berkait rapat dengan pasukan tuan atau menyatukan pengikut tuan, memperterjemahkan minat, keyakinan, baik hati, dan semangat dalam memperjuangkan matlamat kumpulan yang paling tinggi. Ianya dapat mendorong dan memberi semangat pada tuan dan bantu mengukuhkan perpaduan pasukan tuan. Kami menjeput tuan untuk bercakap dengan khidmat pelanggan kami untuk mendapatkan program team building terbaru kami yang menanti tuan!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA