Bagaimana Untuk Membangunkan Dinamik Pasukan Yang Cemerlang | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Tuan hanya mampu menghargai sesuatu seandainya tuan sendiri dapat merasainya: sebuah pasukan yang berkesan.

Apakah yang membezakan sebuah pasukan yang cemerlang daripada yang biasa? Semuanya berkait rapat dengan dinamik pasukan tersebut.

Salah satu contoh pasukan dinamik yang terbaik adalah: Pasukan Bola Sepak Johor Darul Takzim.

Semua pemain bola sepak perlu mampu bekerjasama semasa latihan melalui kepercayaan, komunikasi dan semangat berdaya saing. Ianya bukanlah apa yang tuan lihat semasa permainan sedang berlangsung di atas padang, tetapi apa yang berlaku di balik tabir yang dapat memastikan stratergi dan tektikal perlawanan yang dirancang berkesan.

Sama keadaannya bagi sesebuah pasukan yang mempunyai persekitaran yang berbeza, seperti yang dimiliki syarikat tuan. Setiap orang memiliki kualiti yang mereka warisi sejak lahir atau yang kualiti yang mereka sudah bangunkannya sepanjang hayat mereka. Ada beberapa individu yang introvert dan ada pula yang extrovert. Sebahagiannya pula adalah individu yang kreatif dan sebahagian lain pula mungkin memiliki gaya pemikiran yang lebih analitikal. Sesetengah orang lebih memilih untuk berkerja di balik tabir sementara sebahagian yang lain lebih gemar berada dalam tumpuan.

Gabungan beberapa personaliti yang berbeza sangat penting bagi membangunkan sebuah pasukan yang mampan namun ianya memerlukan daya fikir dan perancangan yang rapi. Mengenalpasti dan manfaatkan kualiti unik dalam kumpulan tuan sudah pasti dapat mewujudkan hubungan kerja yang produktif dalam kalangan mereka.

Walaupun terdapat perbezaan antara satu individu ke satu individu, pasukan yang paling berjaya banyak berkongsi ciri-ciri yang sama:

  • Mereka mengenali antara satu sama lain dengan baik.
  • Mereka saling memahami.
  • Mereka seronok bekerjasama.

Kumpulan yang berprestasi tinggi kebiasaannya mampu menaikkan produktiviti sebanyak 30% dalam tempoh 12-18 bulan, dan organisasi yang dikendalikan secara berpasukan hanya menggolahkan 34% sumber tenaga yang lebih rendah bagi sesuatu tugasan yang sama.

pasukan cemerlang

Dua angka statistik ini sahaja (dan banyak lagi) sudah memadai bagi mendemonstrasikan bahawa sebagai pengurus yang bagus, tuan perulah mula merancang bukan sahaja dalam menetapkan sasaran bagi sesebuah pasukan malah dalam masa yang sama juga tentang dinamik itu sendiri.

Mungkin program team building korporat kami adalah langkah yang tepat bagi memulakan usaha kearah membina dinamik berpasukan yang berjaya seperti yang tuan bayangkan.

Bagaimana tuan menyusun dan membina sebuah pasukan yang dinamik yang cemerlang? Sekiranya tuan mempunyai beberapa panduan atau tip, mohon kongsikan!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA