Apakah definasi keterikatan pekerja ( employee engagement)? | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Employee engagement atau keterikatan pekerja adalah komitmen emosi seorang pekerja pada organisasi dan matlamatnya.

Pekerja yang memiliki  keterikatan kerja ambil peduli tentang kerja mereka , mereka melakukan usaha tambahan untuk menyelesaikan tugas sebagai satu pasukan dan prestasi kerja mereka sangat berkualiti.

Mengapakah keterikatan pekerja (employee engagement) sangat penting?

Jika pekerja tuan seronok dengan pekerjaan dan persekitaran kerja yang tuan telah wujudkan, mereka akan berdedikasi untuk inovasi dan menambahbaik bisnes tuan.


Fokus pada kualiti servis yang tinggi

• Produktiviti tinggi

• Mengekalkan pelanggan sedia ada

• Kenaikan dalam jualan

• Kenaikan dalam keuntungan

Bagaimana tuan dapat membangunkan pasukan yang memiliki keterikatan kerja yang tinggi?

Dalam membangunkan pekerja yang memiliki keterikatan kerja, tuan perlu membangunkan tiga perkara ini.

1. Melabur pada mereka.

2. Memastikan mereka berada dalam budaya kerja yang positif.

3. Merancang aktiviti team building.

Terdapat banyak stratergi bagi  mentransformasikan keterikatan kerja, dan setiap pasukan mempunyai set cabaran tersendiri yang unik.

Kami percaya masih ada ruang untuk penambahbaikan.

Syarikat yang sihat dan berjaya bermula dengan keterikatan pekerja. Adalah penting untuk memahami dan mendorong apa yang tuan, pekerja tuan, dan pengurus perlukan untuk menjadi dan mengekalkan keterikatan kerja di tempat kerja. Tuan dapat lihat bagaiman kami melakukannya dengan beberapa tips yang berkesan dan idea-idea untuk memastikan pekerja tuan memiliki keterikata pekerja yang tinggi melalui e-book percuma.