Kedengan sangat mudah…bukan? Tuan hanya perlu mengenal pasti orang yang betul mempunyai kemahiran yang betul, kumpulkan mereka dalam satu bilik yang sama, dan tuan akhirnya mempunyai pasukan yang terbaik. Mereka semua cerdik pandai dan mereka pakar dalam bidang masing-masing: merekalah yang akan fikirkan bagaimana tugasan harus dilakukan…namun begitu, ianya bukanlah semudah yang disangka.
Aktiviti team building merupakan kaedah terbaik untuk membina hubungan yang akan menambahbaik prestasi pasukan. Aktiviti-aktiviti ini akan membantu ahli pasukan tuan untuk mewujudkan persahabatan yang tulin dan mendalam–tuan akhirnya akan miliki pasukan kerja yang betul di tempat kerja.
Kami menyediakan asas kepada pembinaan pasukan yang bertahan lama di luar kerangka acara team building tuan, namun begitu, tuan akan memperolehi kejayaan penuh selepas latihan ini dengan menggabungkan aktiviti team building kedalam budaya syarikat tuan sepanjang tahun. Disini adalah 6 aktiviti team building DIY yang dijamin berkesan!
1. Permainan Icebreaker Pejabat
Permainan Icebreaker pejabat merupakan cara terbaik untuk mengenal pasti individu yang berkongsi minat yang sama dengan tuan. Pekerja mahukan hubungan intrinsik bersama pekerjaan dan syarikat mereka.
2. Permainan team building online
Tuan boleh mendapatkan banyak permainan team building dalam talian yang percuma. Tuan juga boleh mendapatkan bantuan dan senarai kategori idea di direktori team building.
3. Pasukan Sukarelawan
Menganjurkan program kebajikan. Golf. Program Kembali Ke Sekolah. Mengagih makanan. Menawarkan diri dalam pasukan sukarelawan merupakan aktiviti membina hubungan yang kekal. Persahabatan yang dibina pasukan melalui penglibatan bersama lebih mampan dan kukuh. Mulakan rancangan tahunan dengan melibatkan diri melalui acara amal team building.
4. Kita Adalah Keluarga
Penganjuran aktiviti team building bersama keluarga pekerka di tempat kerja untuk mendorong keluarga pekerja membina persahabatan di luar kerja dan membangunkan pasukan yang mampan di tempat kerja.
- Jemput kesemua mereka untuk menawarkan diri dalam pasukan tuan.
- Rancang satu helah atau kejutan dari pejabat ke pejabat .
- Ajurkan sebuah acara atau majlis di tempat letak kenderaan sebelum menonton acara perlawanan bola sepak.
- Pasang layar gergasi di tapak letak kenderaan awam dengan menayangkan filem bertema keluarga seperti yang dilakukan di luar negara.
5. Gamifikasi Pejabat
Platform seperti Officevibe menambahbaik dan membentuk budaya organisasi tuan. Syarikat seperti Google, Zappos dan Nike tahu bagaimana untuk memotivasikan pekerja mereka. Rahsia mereka memastikan keterikatan kerja (employee engagement) yang tinggi adalah dengan memfokuskan pada menambahbaik perkara dimana Officevibe memanggilnya sebagai lima yang terpenting: Kesihatan, produktiviti, sosial, persekitaran dan kemurahan hati. Mempunyai lima aspek budaya kerja yang kukuh dan seimbang menghasilkan pekerja yang lebih seronok dan persekitaran yang hebat. Officevie menggabungkan kesemua elemen ini dalam platform gamifikasi mereka.
Gamifikasi pejabat membolehkan pasukan tuan– samada berjauhan atau bekerja bersama di bawah satu bumbung– agar dapat membina persefahaman sesama sendiri dari masa ke semasa.
6. Dan Banyak Lagi!
Lawat aktiviti team building DIY di blog kami. Kami juga menyediakan aktiviti-aktiviti team building outdoor yang menarik untuk membantu tuan mendapatkan manfaat yang penuh dan hasil yang lebih baik untuk acara team buiding tuan yang seterusnya, tambahan juga beberapa aktiviti icebreaker yang sudah semestinya termasuk dalam pakej yang kami telah sediakan.