Perbezaan Pendapat. Penilaian. Kritikan. Perbincangan sedikit sebanyak dapat membangunkan aktiviti penyelesaian masalah berpasukan yang inovatif
Sangat benar. Jika ahli pasukan tuan minat berkolaborasi, tuan seharusnya tidak menekan mereka untuk bersaing…bergantung pada matlamat tuan. Jika matlamat tuan adalah untuk membantu pasukan tuan untuk menggalakkan innovasi dan penyelesaian masalah, mungkin langkah “bertentangan dengan kebiasaan” adalah jalan yang terbaik apabila memilih jenis acara. Kritikan mencipta pasukan yang inovatif.
“Pasukan yang memanfaatkan konflik dalam proses mereka sentiasa lebih berdaya saing berbanding pasukan yang fokus pada kohesi. Dalam satu rumusan salah satu kajian, para pengkaji menyimpulkan “ kami mendapati bahawa perbezaan pendapat dan kritikan tidak menyumbang pada pembangunan idea namun lebih pada mendorong persekitaran mereka.”
Perbezaan Pendapat= Penyelesaian Masalah Secara Inovatif
Jangan mulakan sebarang perbalahan! Adalah penting untuk menyediakan kaedah yang interaktif dan hujah yang berkesan mewakili pasukan tuan. Selain daripada itu, tuan mungkin terjerumus dalam huru hara dan menyakiti perasaan. Tida siapa yang mahukan ini.

Seperti yang dicadangkan IDEA (malah tersirat melalui logo mereka), tuan harus mewujudkan “persekitaran pembelajaran yang menggalakkan dimana individu merasa selamat untuk meneroka idea dan melihat topik daripada kaca mata kepelbagaian perspektif” bagi meransang inovasi dan penghasilan idea yang lebih banyak.
Ini merupakan beberapa stratergi penyelesaian masalah yang berkesan:
(1) Melantik Seorang Penilai
Lantik seorang penilai yang mengkaji dan memberikan sebab mengapa setiap idea mungkin kurang sesuai dilaksanakan. Sekrang tugas beliau adalah mencabar setiap seorang. Ini bukan bersifat peribadi! Selagi semua orang berpaut pada mengemukakan rasional cadangan bukannya perdebatan.
Cadangan rasional biasanya:
- Bersifat formal dan intelektual
- Penekanan pada fakta kes atau teori
- Tentang menyakinkan kumpulan yang berbeza pendapat mengenai sudut pandang alternatif yang berbeza
Berhujah biasanya:
- Bersifat tidak formal dan peribadi
- Kebiasaanya tiada penekanan pada ketepatan fakta
- Perbincangan mengenai perkara yang sudah disedari kedua belah pihak, oleh itu tiada perbezaan sudut pandang yang ditengahkan
(2) Nota Tambahbaikan / Cadangan
Setiap kali seseorang memberi komen mengenali hasil kerja orang lain, komen tersebut mestilah disusuli dengan nota tambahbaikan atau cadangan —kaedah untuk menambahbaik mutu kerja. Teknik ini menyediakan tapak asas untuk kritikan yang membina. Idea asal merupakan sesuatu yang boleh dikembangkan lagi berbanding menolak sepenuhnya dalam senario ini.
Berbanding menetapkan peranan pasukan, nota penambahbaikan/ cadangan memastikan kritikan diambil secara positing dan menyeluruh.
Ini adalah dua stratergi yang dapat dimanfaatkan dalam pebagai acara, perjumpaan bahkan budaya syarikat. Jika tuan mahu mencuba sesuatu yang baru, mulakan dengan yang lebih berstruktur seperti acara team building.