Pelajaran Daripada Alam Haiwan | Aktiviti Membina Kepercayaan – Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Tahukah tuan bahawa semut sebenarnya saling tidak menyukai antara satu sama lain namun tetap mampu untuk saling bekerjasama? Cimpanzi juga memahami apabila kolaborasi diperlukan dalam mengenal pasti pasangan yang optimum. Dalam alam haiwan terdapat beberapa inspirasi budaya di tempat kerja yang sangat hebat! Aktiviti team building yang membangunkan kepercayaan dapat membantu tuan untuk mengamalkan budaya kerjasama pasukan dengan memerhatikan gerak kerja beberapa haiwan. Dalam proses evolusi alam haiwan , proses persenyawaan meransang keberkesanan melalui pembahagian tugasan (Sendova-Franks dan Franks, 1999). Ini telah mendorong kepada kooperatif yang tinggi dan juga kumpulan yang terdiri daripada individu yang tidak mementingkan diri sendiri secara kolektif, yang mampu untuk menangani cabaran tugasan yang lebih besar berbanding kemampuan hanya seekor hawan dalam alam mamalia.

Haiwan Bekerja Secara Berkumpulan

Sebuah pasukan tugasan dibahagikan kepada beberapa subtask yang berbeza untuk dilaksanakan secara serentak agar dapat berdaya saing, melalui pembahagian tugasan.

Spesis ikan paus Humpback membentuk satu gabungan pakatan bersama melalui kemahiran memburu berdasarkan kemahiran yang dimiliki setiap ikan yang menyumbang pada penambahbaikan dan memberi manfaat pada kumpulan. Dalam jumlah kumpulan yang terdiri daripada kurang dua puluh ekor, mereka mengunnakan teknik yang di kenali sebagai teknik gelembung jejaring atau (bubble-netting.)

Manfaat Pulangan Aktiviti Membina Keyakinan: Saling ketergantungan antara satu sama lain adalah kunci kejayaan! Setiap orang mestilah melibatkan diri sepenuhnya (termasuk tuan) dan memberikan sumbangan yang terbaik melalui kumpulan mereka.

Lebah Madu mempunyai struktur sosial yang sangat tersusun dan pasukan koloni yang maju (40-50 ribu ekor) yang berjuang secara bekerjasama bagi mengharungi kehidupan pada musim sejuk yang menghalang penghasilan madu. Pembahagian tugasan adalah sangat jelas dimana terma-terma di bawah ini mungkin sudah terbiasa bagi tuan:

  • Ketua pemaisuri
  • Lebah yang ditugaskan menjaga keselamatan daripada ancaman
  • Lebah yang bekerja sebagai tenaga buruh
  • Pekerja dalaman
  • Pekerja bahagian nurseri
  • Pekerja bahagian pembinaan
  • Pekerja bahagian pembaikan
  • Pekerja bahagian pembersihan
  • Dan dll

Manfaat Pulangan Aktiviti Membina Keyakinan: Samada tuan bercadang untuk menganjurkan sebuah acara atau melabur dalam pembangunan pasukan jangka masa panjang, cabaran terbesar bagi sesebuah pasukan adalah kekurangan pemahaman tentang peranan dan tanggungjawab. Terangkan peranan dan tanggungjawab, semaikan budaya akauntabiliti dan berjuang bersama bagi mencapai visi dan matlamat kumpulan.

Kerjasama team building lebah

Masih ingat lagi tentang bejar madu ? Tahukan tuan, bahawa bejar madu mampu untuk bekerjasama semasa memburu bersama sejenis haiwan yang dinamakan koyote!

 “Koyote dan bejar madu memburu secara bersama. Malah, keberangkalian untuk tuan melihat koyote keluar mencari makanan bersama kumpulan bejar adalah lebih tinggi berbanding koyote memburu bersama kumpulan koyote yang lain. Secara umumnya, anjing liar hidup dan memburu bersama dalam sebuah unit yang rapuh atau mereka memilih untuk hidup bersedirian – Jabaran Biologi Perikanan dan Kehidupan Liar Universiti California

Manfaat Pulangan Aktiviti Membina Keyakinan: Pasangan yang tiada pertalian (atau pasukan) seenarnya mampu menghasilkan prestasi yang sangat menakjubkan. Perbincangan dan perselisihan dapat mendorong aktiviti penyelesaian masalah  yang inovatif. Mengenalpasti dan memahami perbezaan dapat membantu dalam membina kepercayaan.

Gajah pula berkongsi tanggungjawab menjaga anak-anak mereka secara  berkumpulan dalam kawanan mereka. Mereka tidak membeza-bezakan anak gajah tersebut melalui siapa ibu sebenar mereka.

Manfaat Pulangan Aktiviti Membina Keyakinan: Memahami peranan dan tanggungjawab diri sendiri juga dapat membantu tuan bagi mengenalpasti kaedah terbaik untuk membantu orang lain. Tanggungjawab dan peranan tidak seharusnya menjadi terlalu ketat. Bantu pasukan tuan bagi mencapai matlamat pasukan secara bersama.

Sebelum terlupa, baca juga tentang kerjasama dan koordinasi dalam kumpulan semut!

Manfaat Pulangan Aktiviti Membina Keyakinan: Setiap orang memiliki kekuatan masing-masing. Turut serta dalam proses membuat keputusan secara berkumpulan bagi membangunkan stratergi terbaik bagi organisasi tuan.

Antara jenis haiwan di atas yang manakah akan menjadi pilihan tuan sebagai tema mascot di acara team building di tempat kerja tuan yang seterusnya? Apakah aktiviti team building yang membina kepercayaan yang telah membantu pasukan tuan untuk berjaya?

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA