4 Tip Bagi Membantu Anda Mengharungi Acara Cuti Keramaian Pejabat Anda | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Memasuki minggu-minggu hari bekerja yang terakhir untuk tahun ini, ini juga bermakna sudah tiba masanya lagi untuk: Merancang Acara Percutian Keramaian untuk semua kakitangan pejabat! Tuan rasa seperti ingin turut serta namun pada masa yang sama tuan juga berpandangan elok juga rasanya jukalau tuan memilih untuk tinggal hanya di rumah sambil meluangkan masa menonton movie. Jangan sesekali melakukan kesilapan seperti ini! Manfaatkanlah peluang keemasan ini untuk turut serta bersama di dalam acara keraian tersebut dan bantulah secara beramai-ramai bagi menaikkan suasana keceriaan pada hari tersebut. Di sini terdapat beberapa tip dan panduan yang boleh dicatat sekiranya tuan sudah membuat keputusan tepat untuk menghadiri majlis tersebut.

Acara keramaian di pejabat perlu disambut baik oleh semua pekerja untuk mengeratkan hubungan

Pastikan Tuan Dapat Menghadirkan Diri!

Sebelum apa-apa, pertama sekali, tuan perlulah memastikan bahawa tuan dapat menghadirkan diri pada hari keramaian pejabat tersebut. Dengan memilih untuk menghadirkan diri, tuan sebenarnya sedang mempamerkan sikap seorang pekerja yang ringan tulang dan mudah memberi bekerjasama berama orang lain. Malam acara keraian tersebut adalah tentang meraikan setiap rakan sekerja yang telah mempamerkan sikap kerjasama yang tinggi dalam apa jua keadaan samada pada waktu senang atau susah dan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada setiap usaha individu dan kejayaan yang telah berjaya dicapai sepanjang tahun tersebut. Tambahan pula, ingatlah bahawa disebalik setiap program yang berjaya itu terdapat sebilangan individu yang sudi mengorbankan masa peribadi mereka hanya semata-mata untuk merancang dan melaksanakan acara majlis yang gilang-gemilang agar semua orang mampu menikmatinya. Jangan lupa juga untuk mengucapkan terima kasih pada individu tersebut! Siapa tahu andai kata tuan terpilih menjadi sebahagian daripada pertukaran hadiah  mereka. Sekiranya ianya benar-benar terjadi, maka tuan usahakanlah sesuatu agar dapat membalas pemberian mereka itu tadi.

Pamerkan Pesonaliti Diri Tuan Yang Sebenar

Perkara ini sangat penting sekiranya tuan mahu melihat acara cuti keramaian tuan dapat berjalan dengan lebih lancar. Elakkan daripada bercakap mengenai sesuatu yang kemudian harinya dapat menghantui tuan atau menjadi mangsa buah mulut rakan sekerja tuan di pejabat. Setiasa lemparkan senyuman, lakukan “eye contact” dan hulurkan tangan untuk bersalaman dengan setiap individu yang tuan tersempak. Meskipun menghadiri acara cuti keramaian kadang-kala dapat mendatangkan kegusaran pada sesetengah orang, namun janganlah disebabkannya tuan terasa terlampau tetekan. Tuan perlulah yakinkan diri sendiri untuk melangkah keluar daripada daerah zon selesa tuan agar mendapat manfaat yang sepenuhnya daripada penganjuran acara berkenaan. Semasa hari acara keramaian itu, tuan mungkin tersempak bersama rakan sekerja yang tuan jarang mempunyai masa untuk atau bertanya khabar dan berkenalan secara lebih rapat yang sebenarnya merupakan peluang bagi melebarkan lagi jaringan networking tuan.

Pilihan Gaya Pemakaian Yang Bersesuaian

Pilihan gaya pemakaian yang bersesuaian adalah perkara paling penting untuk diberi perhatian kemana sahaja tuan membawa diri. Pastikan tuan melakukan semakan awal andaikata pejabat tuan pernah mengeluarkan apa-apa tema, adakah ianya berkonsepkan pemakaian kasual atau bertali leher berwarna hitam. Mengekalkan imej yang profesional dapat membantu tuan sepanjang karier tuan. Bergantung kepada persekitaran pejabat tuan, pilihlah aktiviti team building yang bersesuaian dan tema pemakaian yang selesa.

Sentiasa Bersikap Serdahana Dalam Semua Perkara

Samada perkara tersebut melibatkan soal pemakanan, minuman ataupun berkata-kata, bersikap secara berlebih-lebihan di dalam semua perkara kebiasaanya tidak berakhir dengan baik. Kenal pasti bilakah waktunya yang sesuai untuk meminta izin bagi mengundurkan diri daripada majlis tersebut sekiranya sudah sampai waktunya. Hadirkan diri ke majlis tersebut dengan meleparkan senyum pada semua orang dan kemungkinan besar, tuan juga akan pulang dengan wajah senyuman yang lebih manis dan berseri-seri. Di sini terdapat beberapa panduan tambahan mengenai etika perniagaan yang tuan perlu ambil tahu bagi memastikan atur cara majlis keramaiaan tersebut dapat berjalan dengan lebih lancar.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA