10 Tindakan Yang Akan transformasikan Pasukan Anda Lebih Positif | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Jadi, apakah yang menjadikan sebuah pasukan itu bagus?

Terdapat beberapa teori yang membawa kejayaan kepada sesebuah pasukan ( contohnya adalah  lima peringkat pembangunan pasukan menurut Bruce Tuckman ) yang mempunyai impak positif pada pelbagai pasukan dan individu, namun begitu, apakah yang menjadikan sebuah pasukan itu berjaya secara spesifik?

Mewujudkan persekitaran kerja yang mempunyai sistem dorongan berkesan merupakan sangat penting. Memiliki pasukan yang mempunyai kesinambungan dan berbakat selalunya dapat dibangunkan melalui perpaduan dalam kumpulan, individu yang bercita-cita tinggi. Ciri-ciri individu sebegini mempuyai sikap yang positif dan akhirnya bekerja memacu kejayaan pasukan, tanpa mengira sebesar mana cabaran yang sedang dan bakal dihadapai.

Dalam artikel ini kami menemui 10 ciri yang akan mentransformasikan kemampuan pasukan secara positif untuk bekerjasama dan memacu kearah kejayaan.

1. Mengenalpasti Matlamat

Aspek paling penting untuk membina pasukan yang berjaya adalah dengan memastikan setiap ahli pasukan mempunyai kesedaran tentang matlamat pasukan dan bagaimana hendak mencapainya.

Tindakan yang tidak melangkau proses ini akan memberi peluang pada semua ahli untuk memahami antara satu sama lain secara positif berkenaan apa yang mereka usahakan dalam harian mereka dalam masa yang sama memahami bagaimana ini akan memberi kesan pada tujuan matlamat asal. Halatuju yang jelas ini adalah yang paling penting.

Kebanyakkan bisnes mengejutkan kita apabila tidak mempunyai sasaran ketetapan malah sekiranya ada mereka masih tidak mempunyai pemahaman yang jelas, oleh itu pekerja dibiarkan dalam keadaan tergantung untuk mencari sendiri peranan dan tangunguhawab mereka tanpa hala tuju yang jelas.

2. Mesyuarat Yang Berkesan

Ramai orang bersetuju bahawa mesyuarat yang hanya sekadar untuk memenuhi jadual boleh jadi sangat menjengkelkan, terutamanya apabila menghadiri mesyuarat dalam suasana serius. Mesyuarat yang tidak mempunyai keperluan jelas sering menenggelamkan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dan lebih mendesak.

Perkara ini dapat diatasi melalui penjadualan mesyuarat dengan tetapan objektif yang jelas. Ini dapat mejamin tiada pembaziran masa individu dan semua orang dapat membawa sesuatu manfaat hasil dari mensyuarat yang dihadiri.

Bagi sesiapa yang memikul peranan sebagai pengerusi mesyuarat, disini adalah tiga aspek penting untuk diambil perhatian:

  • Menetapkan dengan jelas objektif mesyuarat yang dirancang
  • Menyusun dan membuat perancangan awal cth. apa yang perlu dibincangkan
  • Menggalakkan setiap ahli untuk menyuarakan pandangan mereka

Terdapat beberapa langkah dimana kita dapat mengambil untuk menjadikan sesuatu mesyuarat itu lebih bermakna pada semua yang hadir. Artikel LinkedIn ini memaparkan 10 kaedah untuk menjadikan perjumpaan pasukan lebih berkesan.

3. Mengambil Kira Semua Pandangan dalam Pasukan

Huraian sambungan daripada cadangan aspek terakhir diatas, adalah sangat penting supaya kita menghormati dan mengambil kira semua pandangan daripada ahli pasukan; ini lantas akan meletakkan contoh dalam mewujudkan persekitaran kerja yang positif dan antara kaedah yang paling mudah untuk memastikan pasukan sentiasa berada dalam persekitaran kotak pemikiran yang positif.

Terdapat beberapa kaedah produktif bagi mendorong sikap sedemikian, termasuklah:

  • Kerjasama berkumpulan, mewujudkan kumpulan yang kepelbagaian dalam kemahiran supaya dapat belajar antara satu sama lain
  • Perjumpaan, bentangkan hasil kerja daripada setiap individu dan mengalukan perbincangan setiap satunya, ini akan menaikkan komunikasi dalam pasukan.
  • Aktiviti selain tugasan hakiki, aktiviti team building, makan tengah hari bersama pasukan etc.

4. Mengalakkan Inisiatif

Kebersamaan merupakan tunjang sesebuah pasukan, yang menentukan samada ia berada dalam persekitaran profesional atau tidak. Bagi sebuah pasukan untuk benar benar mengoptimumkan potensi kejayaan mereka, inisiatif individu harus digalakkan juga.

Tiada keperluan untuk menerapkan tekanan, dorongan yang santun sepanjang perjalanan, dan beberapa pendekatan yang lebih menarik berbanding sebelumnya.

Sebuah kaya yang diterbitkan oleh Marty Fukuda menawarkan 7 langkah mudah untuk mendorong inisiatif pekerka- bacaan mesti

5. Penilaian Yang Diyakini

Penilaian yang diyakini oleh semua ahli pasukan juga sangat penting, meskipun tuan setuju sepenuhnya dengan mereka. Menggalakkan maklum balas daripada ahli pasukan yang berbeza sebanyak mungkin dalam persekitaran yang membina adalah lebih penting daripada komunikasi yang lebih berkesan di antara ahli pasukan sementara menunjukkan penghargaan bahawa tuan mengambil berat pandangan mereka.

Setiap ahli pasukan akan memberi kesan melalui cara yang berbeza, termasulah:

  • Menggalakkan komunikasi antara satu sama lain
  • Peningkatan tahap kepercayaan pekerja
  • Memupuk kepercayaan menyeluruh dalam kalangan pasukan
  • Membina sikap dan peribadi yang konsisten dan adil

Carian website menawarkan beberapa bahan efektif dengan kepelbagaian kaedah untuk menambahbaik komunikasi dalam kalangan pasukan, salah satu kegemaran kami ialah 20 kaedah komunikasi efektif bersama pasukan tuan.

kerjasama pasukan

6. Pasukan Pemikir

Setiap pasukan mempamerkan beberapa individu yang unik yang mempunyai bakat, kemampuan, dan personality yang menonjol. Apabila setiap ahli pasukan mampu meluahkan pandangan mereka, kesannya semakin bagus untuk keseluruhan persekitaran dan susasana tempat kerja.

Kita semua mempunyai cara pandangan dan pemikiran yang berbeza kerana ini kita dapat mencipta beberapa alternatif apabila sampai kepada membuat keputusan sebagai sebuah pasukan dan yang lebih penting ahli-ahli pasukan mempunyai ruang untuk melontarkan pandangan mereka.

7 langkah proses membuat keputusan  merupakan panduan yang terbaik untuk bermula:

  1. Mengenal pasti masalah
  2. Mengumpul maklumat
  3. Menganalisis situasi
  4. Mempelbagaikan pilihan
  5. Menilai alternatif
  6. Memilih satu alternative terbaik
  7. Terjemah keputusan melalui tindakan

7. Mengambil Risiko

Memaksa pekerja tuan keluar daripada zon selesa dan mendorong mereka untuk mengambil risiko tambahan boleh menjadi satu proses yang mencabar.

Dorongan seperti ini wajar diberi perhatian supaya mereka yang bekerja dalam persekitaran kreatif namun apa yang penting, kegagalan adalah normal dan inilah yang harus dijelaskan. Cabaran baru adalah kaedah terbaik untuk menguji teori ini, ini memaksa pasukan tuan untuk mempelajari kemahiran baru dengan kesedaran bahawa jika mereka tidak berjaya kali pertama, siapa peduli, sekurang-kurangnya mereka sudah mencuba!

Ini akan memberikan kesan yang positif berhubung tahap keterikatan(engagement) , dimana, faktanya adalah, ia merupakan salah satu daripada sebab utama mengapa orang meninggalkan peranan semasa mereka. Satu kajian yang dijalankan oleh BrightHR mendedahkan 34% pekerja memilih pekerjaan bergantung pada persekitaran kerja berbanding berhenti kerana faktor kenaikan gaji (21%).

8. Membuat Keputusan Secara Tersusun

Pasukan yang gagal untuk mengeluarkan keputusan penting sebagai sebuah pasukan boleh merasa agak tersisih khususnya pada mereka yang tidak terlibat. Tanpa menetapkan proses yang tersusun, ia boleh menjadi sangat bercelaru dan tidak teratur. Membuat perancangan yang berkesan dalam pasukan tuan akan menjadi berbeza-beza kerana setiap pasukan tidak serupa namun selagi ia terurus dan logik, tuan berada dalam landasan yang betul.

Mind Tools baru-baru ini menerbitkan video tentang membuat keputusan yang berbaloi jikka tuan meluangkan masa hanya beberapa minit untuk menonton.

Membuat keputusan sebagai satu pasukan adalah penting kerana setiap pandangan perlu diambil kira untuk memastikan setiap hali pasukan mempunyai peluang untuk mengemukan pandangan dan diberi perhatian yang sewajar. – penting dari sudut motivasi dan keterikatan (engagement)

pasukan

9. Mengalukan Maklum Balas

Menerima maklum balas daripada ahli pasukan adalah sangat penting. Jika tuan fikirkannya, maklum balas sentiasa tersedia samada kita mahu menerimanya atau tidak. Setiap kali tuan bertanya atau menerima soalan, kita berkomunikasi dengan memberikan jawapan melalui maklum balas yang diterima. Secara logiknya, ianya hampir mustahil untuk tidak mampu memberikan sebarang maklum balas.

Memberikan maklum balas yang membina kepada individu yang lain dapat mengharukan bagi sesetengah orang, namun kecara keseluruhannya ia menaikkan nilai diri dan motivasi. Ini juga menjadi mudah untuk menemui kaedah bahagian kerja yang manakah perlu untuk ditingkatkan seiring dengan prestasi keseluruhan.

Apabila maklum balas disediakan, secara manusiawinya, kita akan merasa lebih dihargai dan harga diri dengan pekerjaan yang kita sedang lakukan, tambahan ia adalah salah satu kaedah mendengar yang efektif.

10. Penerimaan Pasukan

Tidak ada dua orang dalam satu pasukan yang benar-benar serupa melalui perbuatan atau percakapan mereka. Oleh itu, salah faham yang kecil sering membantutkan perjalanan mencapai matlamat terakhir kita.

Jadi bagaimna kita dapat memberi rumusan mudah tentang penerimaan pasukan? Secara ringkasnya, ia tentang penerimaan setiap individu mengenai diri mereka sendiri dan kepercayaan mereka, tidak kira perbezaan budaya dan pengalaman.

Menerima– Berlapang dada – kejayaan.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA