Bagaimana Budaya Kreatif Dapat Menaikkan Produktiviti | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Produktiviti pekerja sangat penting dalam membangunkan dan mempertahankan sesebuah syarikat yang berjaya. Mungkin fakta berikutnya sukar untuk diterima, namun dikatakan bahawa purata jumlah jam produktiviti pekerja daripada 8 jam waktu bekerja sehari hanyalah 2 jam dan 23 minit. Ramai pekerja sering terganggu dengan tugasan yang tidak berkaitan seperti media sosial, website baru, berbual kosong bersama rakan sekerja, mengunyah makanan malah ada juga yang menggunakan masa kerja untuk survey pekerjaan lain.

Beberapa syarikat sudah pun mula memperketengahkan isu kejatuhan produktiviti dengan mengambil pendekatan dengan mengurangkan kadar jumlah jam masa bekerja seminggu. Sudah ada kajian membuktikan bahawa jumlah jam bekerja yang kurang dapat menambah keberkesanan.

Namun begitu, secara realistiknya, bagi kebanyakkan syarikat, memendekkan jumlah hari bekerja dalam seminggu adalah di luar kemampuan mereka. Oleh itu, kami telah menggariskan beberapa langkah bagaimana untuk mewujudkan persekitaran kerja yang memberi inspirasi kepada pekerja tuan, yang secara tidak langsung dapat mendorong mereka menjadi lebih produktif.

Pekerja Produktif Menyumbang Pada Keuntungan

Sekiranya pekerja didorong untuk lebih kreatif, kesannya adalah mereka juga menjadi semakin produktif. Apabila kita berbicara soal keterikatan pekerja (employee engagement), menggalakkan budaya kreatif juga adalah salah satu daripada stratergi bisnes yang dapat menarik pulangan.

Bancian Gallup pada tahun 2017 mendapati bahawa pasukan yang mempunyai  budaya keterikatan kerja (employee engagement) yang tinggi menunjukkan peningkatan sebanyak 17% dalam produktiviti dan 21% kenaikan di dalam keuntungan.

Pekerja bermotivasi lonjak produktiviti

Ispirasikan Pekerja untuk menjadi lebih kreatif & produktif untuk menghasilkan produktiviti - Team Building Malaysia

Apabila pekerja merasa terinspirasi dan bersemangat dalam perkerjaan yang mereka sedang usahakan, mereka akan menghasilkan kerja yang lebih berkualiti tinggi, mereka akan rasa lebih bermotivasi untuk melihat projek yang mereka usahakan berjaya dan menggembleng seluruh tenaga yang mereka ada untuk melakukan yang terbaik.

Bagaimana kita dapat memberi inspirasi kepada pekerja kita?

Syarikat yang ingin melihat pekerja mereka mempunyai hubungan yang lebih intim dengan pekerjaan mereka, maka perkara yang paling penting yang patut ditumpukan adalah pada “big why” mereka. Bantu pekerja tuan untuk memahami tujuan syarikat ditubuhkan dan bagaimana ianya dapat menyumbang impak yang positif kepada dunia. Setiap orang mahu merasakan mereka mempunyai sesuatu matlamat yang ingin di capai, dan tiada ada apa yang dapat memberi lebih kepuasan berbanding melakukan sesuatu yang tuan mempunyai minat profesional yang sangat mendalam tentangnya.

Cara-Cara Membentuk Pekerja Yang Lebih Bersemangat Dan Kreatif

Di sini terdapat beberapa panduan untuk mewujudkan persekitaran budaya yang lebih kreatif:

1. Menggalakkan Budaya Kolaborasi

Satu cara yang terbaik untuk melancarkan dan mengembangkan idea adalah melalui aktiviti brainstorming. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menggalakkan team building, malah ianya juga bolen menjadi satu peluang yang menguntungkan untuk bertukar pandangan sesama rakan sekerja yang akhirnya boleh membawa kepada penghasilan idea-idea yang hebat.

2. Mengiktiraf Sumbangan Pekerja

Pastikan tuan sendiri menghadiahkan pengiktirafan yang sewajarnya kepada pekerja tuan atas setiap kerja keras dan kejayaan yang telah dicapai. Pekerja mahu merasakan bahawa setiap sumbangan mereka itu bernilai dan dihargai. Setiap orang akan lebih terdorong untuk memberikan yang terbaik sekiranya usaha keras mereka diiktiraf. Hanya segelintir orang sahaja yang berminat untuk memberikan seluruh jiwa raga mereka ke dalam projek yang mereka rasa seperti tidak dihargai.

3. Sebarkan Sikap Positif

Andaikata pekerja menyangka bahawa idea mereka kemungkinan akan ditolak mentah-mentah ataupun direndah-rendahkan, mereka mungkin berpendapat lebih baik pendapat mereka tidak dikongsi. Pekerja mestilah sentiasa merasa selesa untuk berkomunikasi dan berkongsi pandangan mereka. Berilah maklum balas yang membina dan ambillah sesuatu perkara yang negatif itu dan lihatnya daripada sudut positif. Mempamerkan sikap kasih sayang adalah jalan terbaik untuk menjadikan pekerja tuan merasa lebih selamat dan didengari.

4. Benarkan Masa Untuk Berehat

Sekali sekala pekerja juga perlu mengundur diri seketika jauh daripada meja pejabat mereka dan berhenti seketika daripada tugasan yang mereka sedang usahakan dan luangkan masa rehat tersebut bagi mencari inspirasi untuk memulihkan semula semangat kerja mereka. Selain itu waktu rehat pedek itu juga boleh dianfaatkan dengan aktiviti team building untuk menceriakan kembali suasana sibuk dalam persekitaran pejabat.

Nasihat Kreatif Daripada Tokoh Kreatif Ternama Dunia

Sekiranya kita ingin mendorong kreativiti di tempat kerja, yang juga merupakan enjin kepada produktiviti, kami lebih suka beralih kepada pandangan yang lebih pakar dari latar belakang industri kreatif bagi mendapatkan nasihat daripada mereka. Antara sektor yang mencabar kemampuan untuk berkreatif adalah sektor bidang seni bina. Arkitek-arkitek ternama dunia ini menawarkan kita nasihat kreatif yang boleh dimanfaatkan oleh semua golongan profesional:

 “Anggapalah keterujaan kerja menyiapkan sebuah reban ayam sama sahaja seperti kerja membina sebuah gereja.” – Frank Llyod Wright  

Maksud tersiratnya: Berbanggalah dengan pekerjaan tuan tanpa mengira jenis pekerjaan itu.

 “Terdapat 360 darjah, jadi mengapa hanya berpegang pada satu?” – Zaha Hadid – Heydar Aliyev Center, Azerbaijan

Maksud tersiratnya: Terdapat banyak pendekatan yang berbeza dalam menangani masalah yang sama. Sentiasa ambil sikap terbuka untuk mencuba sesuatu yang baru.

 “Keinginan untuk merasai awan tersemadi di dalam setiap jiwa manusia.” – Petronas Towers, Malaysia

Maksud tersiratnya: Jangan putus asa dalam mengejar cita-cita kita, dan sentiasa berjuang bagi mencapai kejayaan yang luar biasa.

 “Perbezaan di antara seni bina arkitek yang bagus dan tidak bagus adalah jumlah masa yang tuan sanggup laburkan,” – David Chipperfield, Neues Museum, Germany

Maksud tersiratnya: Sekali-sekala jangan khuatir untuk meluangkan lebih masa atau meminta supaya tarikh akhir (deadline) projek dipanjangkan.

 “Saya mengambil risiko dalam ciptaan reka bentuk saya, namun ianya berakhir dengan baik.” – Sharon Davis, Women’s Opportunity Center, Rwanda

Maksud tersiratnya: Seandainya tuan suka mengelak daripada mengambil sebarang risiko, bagaimana tuan hendak mencapai hasil yang luar biasa.

Memupuk persekitaran budaya kerja yang kreatif adalah jalan terbaik untuk mendorong produktiviti. Menggalakkan pekerja supaya mereka tidak takut mencuba bakat kreatif mereka dapat memberikan lebih inspirasi pada mereka disamping membina hubungan yang lebih intim dengan pekerjaan mereka. Pekerja yang terinspirasi adalah individu yang lebih bahagia lebih produktif, yang merupakan kemenangan untuk semua orang.

Team Building & Kreativiti

Gunakan team building sebagai pendekatan baru bagi mewujudkan persekitaran budaya yang lebih kreatif. Kami di Lagoona Resort Cherating menawarkan pelbagai program team building dengan aktiviti-aktiviti yang sangat menarik– seperti flying fox, obstacle course, water rafting, dll– dimana setiap aktiviti ini dapat mencabar pekerja tuan untuk menjadi lebih produktif dan rasa lebih bersemangat. Pengalaman program team building seperti ini dapat menyatupadukan hubungan semua orang, secara tidak langsung dapat memberi kesan yang positif kepada pertumbuhan syarikat.